Pelakon veteran, Fauziah Nawi bersedia dan sanggup berjumpa pembesar negara termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi memohon kebenaran untuk penggiat seni menjalankan penggambaran.
Ia susulan hantaran dimuat naik Fauziah di Facebook yang menyuarakan hasrat untuk merafak sembah untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong. Fauziah ketika dihubungi berkata, hantaran itu ditulis sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak dengan niat untuk membela nasib semua anak seni dari pelbagai cabang. "Saya tidak kisah kalau Tuanku, Perdana Menteri atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) nak jumpa. Saya akan datang dan tidak takut pun. Ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua penggiat seni.
"Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Patik ampun kalau salah penggunaan bahasa. Tidak ada siapa suruh tulis. "Itu saja boleh buat. Mana tahu ada yang nampak hantaran itu dan sampaikan pada Tuanku atau PM (Perdana Menteri). Saya difahamkan sudah ramai kongsikan hantaran itu dan 'tag' Tuanku dan PM. Apa saya tulis bukan nak marah, tapi memberitahu keadaan sebenar anak seni yang mana kehidupan perlu diteruskan," katanya kepada Harian Metro. Fauziah berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januri lalu, semua drama dan telefilem membabitkan dirinya ditangguh. "Saya tertanya-tanya kenapa kami masih tidak dibenarkan menjalankan penggambaran termasuk aktiviti seni lain sedangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami semua ikut prosedur operasi standard (SOP). Alhamdulillah, tidak ada lagi kluster dari penggambaran. "Mereka yang mempunyai simpanan pun akan habis juga jika perkara ini berterusan. Saya faham sekarang ini semua orang susah. Malah ada yang 'nazak' dari segi kewangan. "Saya bersuara bukan untuk saya seorang. Kalau untuk saya saja, esok lusa tidak ada makanan, saya hubungi sesiapa pun, Insya Allah mereka boleh bantu. Tapi, macam saya masih ada tanggungan. Apatah lagi orang lain. "Macam saya, semua 'job' terpaksa ditangguhkan termasuk beberapa projek teater di bawah syarikat saya. Nak buat secara dalam talian bukan mudah. Perkara sebegini kena dibuat secara empat mata. Jadi, saya berharap sangat sekarang ini cari penyelesaian apa yang boleh dibuat," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
LadyCarefree replied at 4-2-2021 06:22 PM
Apa special sangat golongan retis ni semua? Drama nyanyi apa semua kalau xde pon bagus. Ulang tayang ...
Kurex: Buang masa kalau semua cerita adalah sampah
dino replied at 4-2-2021 05:58 PM
bidang seni tu depa cari mkn
yg keje blkg tabir pun effect, klau kite keje bidang sama pun buat c ...
LadyCarefree replied at 4-2-2021 07:13 PM
Nope. Semua pun sama. Retis knape jd golongan spesial pula? Pergilah kerja mcd atau jual makanan a ...
dino replied at 4-2-2021 06:24 PM
diorg tak dpt treatment spesel pun
mslh persatuan ade tp tak guna, sptutnya depa la guide. tak se ...
LadyCarefree replied at 4-2-2021 07:13 PM
Nope. Semua pun sama. Retis knape jd golongan spesial pula? Pergilah kerja mcd atau jual makanan a ...
-electrifying- replied at 4-2-2021 03:42 PM
Kan, salu perasan dorg ni mcm acah2 another level special dri kte rakyat marhein ni.Try cri bidang ...
-electrifying- replied at 4-2-2021 10:42 PM
Kan, salu perasan dorg ni mcm acah2 another level special dri kte rakyat marhein ni.Try cri bidang ...
ADVERTISEMENT