CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zoo Negara Hanya Mampu Bertahan Hingga April Ini Sahaja

4-2-2021 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6694| Komen: 75

Zoo Negara terpaksa berjimat dalam pengurusan kos operasi berikutan bekalan kewangan yang ada hanya mampu bertahan sehingga April.

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, setakat ini pihaknya masih mampu menampung kos operasi termasuk keperluan makanan haiwan serta gaji pekerja.


Menurutnya, dana yang ada ketika ini mencukupi bagi kos operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 18 Februari ini.

Gambar Hiasan

"Zoo Negara akan berdepan masalah kewangan jika PKP dilanjutkan untuk tempoh yang lebih panjang. Saya berharap itu tidak berlaku.

"Jika dilanjutkan, kita terpaksa merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran beroperasi atau mencari kaedah lain untuk meneruskan kelangsungan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Bagaimanapun, beliau yakin tempoh PKP akan segera berakhir kerana ia bukan saja menjejaskan pendapatan Zoo Negara yang bergantung kepada jualan tiket, malah turut memberi kesan kepada ekonomi.

Rosly berkata, Zoo Negara kurang menerima sumbangan seperti makanan haiwan sejak PKP dilaksanakan tahun ini berbanding PKP tahun lalu.

"Permulaan PKP dahulu, orang berebut-rebut nak beri sumbangan makanan haiwan dan dana sehingga kita berjaya mengumpul RM10 juta," katanya.

Ditanya mengenai kempen haiwan angkat yang dilancarkan Zoo Negara pada tahun lalu, katanya, ia masih lagi diteruskan namun sambutannya sudah berkurangan.

Menerusi kempen itu, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off (sekali sumbangan) atau secara bulanan mengikut pakej ditetapkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 04:27 PM
Boleh jadikan kandang untuk raykat yang tak berjelaga
Quote AbukRokok 4-2-2021 04:43 PM
pergi mampos dengan zoo negara
97% sayang pkp 3000

binatang2 dlm tu patut disembelih sedekah pada org2 miskin
Quote LadyCarefree 4-2-2021 04:46 PM
Pulang balik panda tu. Atau suruh najib dan mah support.
Quote LostStar 4-2-2021 04:51 PM
again.. bebaskan jela semua kt hutan.. tak pon nak dapat income..jual jek semua dorg tu ke luar negara...
Quote bangcak 4-2-2021 04:59 PM
daging kotak yg disita bertan2 tu kan ada.
awat tak supply ke zoo je??
Quote Artemesiaa 4-2-2021 05:05 PM
Kalau benar tak mampu dah yang boleh pulang, pulangkan jer.  Kalau ada yang nak bagikan jer.  Buat yang tak ada yang nak lepas kat hutan semula.  Walaupun pasti ia susah nak hidup sebab dah biasa semuanya disediakan tahu2 dah time makan je.
Quote Boomibulat 4-2-2021 05:08 PM
Edisi Ebit Liew (kena) datang lagi..
Quote damian_lee 4-2-2021 05:10 PM
ramai bagi sumbangan kat Zoo Negara ni kan?
tapi mcm sendu je ......

aku suka gak pegi zoo
at least beberapa kali dalam setahun
because aku memang suka binatang

tapi sadis je tengok hewan dalam tu
beruang dia pun jalan in circle ... aku tgk national geography ke apa ntah

itu katanya sebb beruang stress .... ntahlah nak ...

tapi aku harimau2 dalam zoo
especially Bengal Tiger ... sangat majestic
Quote Orix 4-2-2021 05:12 PM
panda tu bg najib. suh dia bela
Quote notM 4-2-2021 05:13 PM
Lepaskan je lah semua dalam hutan

Jangan ditebang pulak hutan sampai mati takda tempat tinggal langsung haiwan2 tu
Quote Orix 4-2-2021 05:13 PM
teruskan jela minta bantuan... ramai jah pencinta haiwan sanggup menyumbang termasuk iols.... kalo takat rm20 sebulan tu boleh jah...
Quote mamajawie 4-2-2021 05:28 PM
mohon YB melaka juara penembak babi dengan brader yg tendang babi sampai babi jatuh sungai tu bekerjasama mencari babi2 hutan utk supply daging ke zoo negara ni..
Quote mamajawie 4-2-2021 05:29 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-2-2021 04:27 PM
Boleh jadikan kandang untuk raykat yang tak berjelaga

jelaga??

Quote SayaSayangMama 4-2-2021 05:35 PM
Kesiannya aku xtau plak ada program anak angkat . Aku amik anak angkat kt zoo lain yg kt maeps tu. Dia bg tiket percuma lg bila pkp dah habis. Zoo negara ni elok jual je tiket skrg ni nnti bila dah bukak kami masuk je la xyah beli kt kaunter lg.
Quote aechae 4-2-2021 05:49 PM
Klu buka n boleh keluar nak aje pergi, my nephew pn lama dh duk meratib nk pegi nk tgk gajah rimau cheetah... last pegi bln 7 last year..
Mgkin bleh jual tiket siap2 offer scara online, tp ada timing slot pg ke ptg ke n 1 hari brapa byk tiket bleh jual utk control crowd.
Last time pegi tu maaakkk ai, beratur pnjang nk beli tiket...org tganu kata ‘bbolok’ dh kt entrance tu
Quote tucenmeow 4-2-2021 05:50 PM
sapa yg pakai M2U tu sng je nak derma kat zoo... pilih payee: zoo negara (donation). aku bagilah sikit2 time ada tu..bukannya kaya pun..tp sbb aku suka binatang dan rasa kesian kat binatang. aku dah penat kesian kat manusia pemalas yg asyik merungut dan harap bantuan x abih2 tp kerja malas...
Quote Skuau 4-2-2021 05:52 PM
PATI ramai kat Msia ni...depa xde rekod msk Msia...apalagi.......
Quote Redmyvi 4-2-2021 05:54 PM
Ala siannya hewan2 kt zoo tu, depa tak salah pn.. mungkin zoo boleh cuba jual merchandise ker, inshaallah pencinta2 haiwan ni akan support punya.. kalau tak blh tlg byk pun sikit pun jadila utk kelangsungan hewan..

Boleh la try downgrade makanan hewan tu buat sementara, panda tu bg najib suh bela.. hehe
Quote edayildiz 4-2-2021 05:58 PM
xpnh g zoo negara..teringin dr kecik lg tp tkde org bwk..kalau nk derma camna?kalau bwh rm30 tu blh la i derma

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.115096 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top