CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terjun Dari Kereta Takut Gagal Ujian Saringan Covid-19

5-2-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1753| Komen: 2

Gara-gara khuatir dijangkiti Covid-19 dan akan gagal ujian saringan, seorang lelaki bertindak terjun dari kereta di Lebuhraya Barat Daya China di wilayah Guizhou.

Global Times melaporkan video itu tular dan mendapat perhatian warganet selepas dimuat naik portal tempatan, KNews pada Sabtu lalu.


Namun, lelaki terbabit yang dikenali Shi hanya cedera ringan dan dia yang dilihat membalut badannya dengan selimut juga sudah dibawa ke hospital menaiki ambulans dengan pertolongan polis.


Kredit foto: Agensi


Abang kepada Shi memberitahu polis bahawa adiknya itu bimbang dan mengesyaki sudah dijangkiti Covid-19 kerana mengalami batuk dan tekanan melampau.

Katanya, kebimbangan melampau juga menyebabkan Shi enggan untuk pulang ke kampung kerana dia perlu menjalani ujian saringan, jika mahu berbuat demikian.

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu media bahawa Shi sebenarnya mengalami penyakit mental.

Katanya, keadaan itu dikatakan menjadi punca Shi melakukan cubaan membunuh diri ketika menaiki kereta bersama abangnya.

Kisah Shi turut mengundang rasa simpati dalam kalangan warganet.

"Dia (Shi) memerlukan khidmat rawatan daripada pakar psikiatri kerana tekanan dihadapinya," tulis seorang warganet di ruangan komen laman Sina Weibo.


Sumber: Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 5-2-2021 04:20 PM
kesian dia....
Quote Ain_h 7-2-2021 01:27 AM
Adoi... Bahayanya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.026118 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top