Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat menerusi ciapan di Twitter berkongsi beberapa pandangannya mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Menurut Hatta, dia akui masyarakat kini lebih terbuka untuk mengaku bahawa mereka tergolong dalam kelompok ini dan ingin menjadi diri sendiri. Namun, tegasnya kenyataan itu bukan sahaja mewakili diri mereka malah dalam masa yang sama akan turut melibatkan maruah keluarga. Dalam pada itu, Hatta juga menitipkan pesanan buat mereka agar dapat menjadi versi diri yang terbaik dengan memikirkan soal keluarga. Tambahnya lagi, dia turut berharap agar dengan perubahan tersebut akan dapat mendorong ke arah kebaikan dan membuatkan orang lebih hormat dengan mereka. Terdahulu, Murai.my melaporkan pelakon dan pengarah Isma Yusoof akui bahawa dirinya adalah seorang Transeksual dan enggan lagi berpura-pura kerana ingin menjadi dirinya yang sebenar. Sumber: Murai |
katibism replied at 5-2-2021 11:27 AM
Walaupun entah apo2 Hatta ni (in fact sibuk himpit n menempel anak ikanz juga).. tp nasihat "jadilah ...
tomatome replied at 5-2-2021 11:56 AM
Betul la apa dia cakap...
Kut hampa lgbt bagai ke perlu ke ngaku terang2 gitu
ADVERTISEMENT