CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tolong Datang Dalam Mimpi Saya" - Aaron Aziz Rindu Ibu

5-2-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3564| Komen: 14

Terlalu rindu. Itulah perasaan yang cuba digambarkan pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz terhadap ibunya, Allahyarham Juriana Jaafar yang meninggal dunia pada 7 November tahun lalu.


Kredit foto: IG Aaron

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon kelahiran Singapura itu berkongsi perbualan terakhir mereka sebelum ibunya meninggal dunia.

“Assalamualaikum son (anakku). Apa khabar Danish? Awak ada hubungi dia? Dia sihat?” tanya ibunya tentang anak sulung Aaron, Danish Anaqi yang sedang melanjutkan pengajiannya di Jepun.

Dalam hantaran berkenaan juga, pelakon filem KL Gangster 2 itu turut melahirkan kerinduan menebal terhadap arwah ibunya dan berharap mereka dapat bertemu dalam mimpi.

“Saya harap mak masih ada di sini lagi. Mesej terakhir mak pada saya pada 28 Oktober, sebelum mak meninggal dunia pada 7 November tahun lalu.


“Sekarang mak sudah kembali ke pangkuan-Nya. Tolong datang dalam mimpi saya mak.

“Saya sangat rindu dan sayangkan mak,” ujarnya pada hantaran tersebut.




Rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap Aaron dan berdoa supaya arwah ibunya dirahmati Allah SWT.

Terdahulu, ibu kepada aktor berusia 45 tahun itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura akibat serangan jantung. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 5-2-2021 12:18 PM
tapi pernah dengar orang tinggi ilmu agama beritahu...
kalau tak datang dalam mimpi lebih elok..
maknanya dia senang di sana...
tiada urusan dunia yg buat dia tersangkut... wallahua'lam...

doa banyak2 je untuk arwah ibu... insyaallah....
Quote bluebutter 5-2-2021 02:04 PM
Lawa mak aaron. Innlillahiwarouhjioun. AlFatihah.
Quote slyfynx 5-2-2021 02:40 PM
Eh, rindu camni kene share ngn public eh.
Kot just tulis rindu x pe jgk.
Ni perbualan pun nk share.
Jadahnye.
Doa kt status.
Haish.
Quote annadonna 5-2-2021 02:43 PM
slyfynx replied at 5-2-2021 02:40 PM
Eh, rindu camni kene share ngn public eh.
Kot just tulis rindu x pe jgk.
Ni perbualan pun nk share ...

Alahhhhh biarlahhhh sukahati dialahhhhh
Quote sayawifenikmie 5-2-2021 03:06 PM
slyfynx replied at 5-2-2021 02:40 PM
Eh, rindu camni kene share ngn public eh.
Kot just tulis rindu x pe jgk.
Ni perbualan pun nk share ...



... tak boleh ke ?
Quote emera 5-2-2021 03:08 PM
Dato’
Quote buapakperut 5-2-2021 03:30 PM
AshkieLa: tapi pernah dengar orang tinggi ilmu agama beritahu...kalau tak datang dalam mimpi lebih elok..maknanya dia senang di sana... tiada urusan dunia yg bu ...

setahu iols pun macam ni..



Allah saja yang tahu
Quote Jemahjemah 5-2-2021 05:09 PM
Rindu kat prg yg dah xde mmg sakit {:cryrun
Quote shida81 5-2-2021 08:13 PM
AshkieLa replied at 5-2-2021 12:18 PM
tapi pernah dengar orang tinggi ilmu agama beritahu...
kalau tak datang dalam mimpi lebih elok..
m ...

Ye ke... My mom passed s away bulan 8 ari tu.. Sampai ari ni x mimpi dia.. Adik I ngn abah je yg mimpi dia... Sekali. .. Kecik ati mak x dtg dlm mimpi ai.. Huhuhu.. Rindu Sgt kat dia...
Quote likecandy 6-2-2021 07:48 PM
Edited by likecandy at 6-2-2021 11:44 PM
AshkieLa replied at 5-2-2021 12:18 PM
tapi pernah dengar orang tinggi ilmu agama beritahu...
kalau tak datang dalam mimpi lebih elok..
m ...

Ooh yeke
I pernah dgr kalau yg arwah datang dalam mimpi maksudnya arwah mintak sedekahkan al fatihahTapi kalau arwah dalam mimpi tu bercakap tu maksud permainan tidur
Ntah betol ke x


Semoga ibu Aaron Aziz ni tenang di sana
Mujur sempat jugak heols balik tgk maknya di hospital hari tu
Quote addamnor 7-2-2021 12:57 AM
Edited by addamnor at 7-2-2021 01:02 AM
shida81 replied at 5-2-2021 08:13 PM
Ye ke... My mom passed s away bulan 8 ari tu.. Sampai ari ni x mimpi dia.. Adik I ngn abah je yg m ...


Kalau sudah mati mmg terputus segalanya dgn yang hidup.. kalau tiba2 bermimpi dgn somebody, itu bukan rohnya yang datang melawat, itu hanya brain projection kamu yang mapping sebegitu, then it comes out as a dream.. common la dek benda sebegini, tapi jatuh kepada melayu asas agama lemah, dikatanya roh datang melawat. Padahal terang2 tuhan sudah bilang, bila matinya manusia, segala nya akan terputus kecuali 3 benda yang orang duk sebut selalu, doa anak soleh, amal jariah semasa hidup yang membawa kepada kebaikan orang lain dan ilmu bermanfaat yang diturunkan.. hanya tuhan yang tahu rahsia mereka yang di alam roh tersebut. So jangan terpedaya dgn cerita mastika roh pulang itu semua iya. Karut jah.

Btw kamu jgn lupa, syaitan sentiasa mencari ruang utk kamu disesatkan, so bila kamu bermimpi berjumpa ibu kamu, itu adalah images from your brain that being translated into the dream..  melihat kamu ala ala confuse apa betul itu roh ibu kamu, so  syaitan pun menghasut suruh  kamu percaya iya itu lah roh ibu datang melawat.. mula2 mimpi nampak elok, then mula lah datang drama roh minta tolong lah, roh kena siksa lah, roh itu lah, roh ini lah.
Quote Ain_h 7-2-2021 01:35 AM
Rindu yg paling sakit, bila rindu pd org yg dh x de.. Be tough aaron
Quote kiah_mai_pulak 7-2-2021 05:59 PM
innalillah wainnailahirojiun
Quote lynn6664 20-3-2021 11:26 PM
Sapa da pernah rasa kehilangan org yg dsayangi msti faham prasaan dia.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034718 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top