PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menepis dakwaan Dr Mahathir Mohamad, prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan amat baik kerana berjaya menangani krisis kewangan dan hutang negara. Najib berkata, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia khususnya tidak akan lupa “sumbangan” kerajaan PH, malah beliau percaya perdana menteri ke-7 itu mendapat laporan palsu daripada menteri kewangan dan menteri ekonomi ketika itu.
“Untuk maklumat Mahathir, semasa pentadbiran PH yang “amat baik”, pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia, dikalahkan Zimbabwe. Nisbah hutang negara naik dari 48.7% ke 54.4% setelah PH menambah hutang negara sebanyak RM140 bilion. “Defisit negara untuk dua tahun berturut-turut lebih tinggi berbanding masa Barisan Nasional (BN). Pertumbuhan KDNK negara 2019 menjadi paling lemah sejak 10 tahun lalu, sebelum krisis Covid-19,” katanya di Facebook. Terdahulu, Mahathir dalam wawancara bersama FMT berkata, kerajaan PH yang dipimpinnya mencapai banyak perkara sungguhpun dicemuh pembangkang ketika itu sebagai kerajaan bukan Melayu. Mahathir berkata, walaupun tidak mempunyai kelebihan apabila kembali menjadi perdana menteri pada 2018 bawah teraju PH, parti komponen PH atau parti yang mesra gabungan itu tidak menghalang kerja beliau. Malah, Mahathir menyifatkan prestasi kerajaan PH pimpinannya jauh lebih baik berbanding pentadbiran Muhyiddin Yassin yang disifatkannya begitu rapuh. Najib berkata, semasa pentadbiran PH negara mengalami aliran keluar dana asing sebanyak RM25 bilion pada 2018 dan 2019, berbanding aliran masuk dana asing sebanyak RM11 bilion pada 2017. “Malah, hibah dan dividen-dividen tabung rakyat menjadi paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun tersebut. Manakala, aset bersih Khazanah Nasional Berhad jatuh dari RM116 bilion ke RM73 bilion setelah PH menjual aset negara secara lambak. “Bahkan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) diturunkan penarafan dua kali setelah PH jarah RM84 bilion dari rizab tunai RM176 bilion ditinggal BN. Serta, eksport negara semakin turun sehingga menjadi pertumbuhan negatif pada 2019,” katanya. Najib turut mengingatkan Mahathir mengenai situasi hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa ketika pemerintahannya, yang tegang ketika itu serta kenyataannya sebelum ini supaya rakyat mengikat perut dan tidak iri hati atas kekayaan dimiliki orang kaya. “Negara tidak alami apa-apa krisis ekonomi sebelum Mahathir jadi perdana menteri ke-7 dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9%, kenaikan eksport 18.9%, penurunan defisit kerajaan dan nisbah hutang negara ke 2.9% dan 48.7% masing-masing. “Serta, dividen KWSP paling tinggi sejak 20 tahun lalu, pasaran saham Malaysia menjadi pasaran saham paling lama menaik dalam dunia sehingga mencapai tahap tertinggi 1,896 mata sebulan sebelum pilihan raya umum ke-14,” katanya. Sumber : Freemalaysiatoday |
MissYouSayang replied at 5-2-2021 05:23 PM
Kalau la tun det x termakan hasutan muhyidin utk menentang najib( better tun main cucu je di rumah), ...
dizekni replied at 5-2-2021 05:28 PM
Akhirnya terbuka juga mata hati you
its still not too late little sis
MissYouSayang replied at 5-2-2021 06:01 PM
At my eyes, Still najib is penyamun no 1 la brotha....najib,jahid,dap now telah "berkiblatkan" nua ...
ADVERTISEMENT