Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mewakili 7,000 ahlinya yang berkerja dalam industri kreatif memohon pihak kerajaan untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang berkerja industri berkenaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berkuatkuasa. Menurut satu kenyataan rasmi dikirimkan kepada Kosmo! Online sebentar tadi, Seniman akur dan sentiasa patuh dengan arahan sepanjang tempoh PKP namun mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga dan hutang yang perlu dijelaskan. Persatuan tersebut percaya industri kreatif juga adalah sektor yang penting di Malaysia seperti mana yang umum ketahui sektor pengilangan dan pembinaan adalah penyumbang terbesar kepada kes harian Covid-19 di Malaysia.
“Setiap hari dan mereka masih dibenarkan untuk terus beroperasi, jika sektor ini dibenarkan beroperasi mengapa industri kreatif tidak dibenarkan beroperasi, kami sedia mematuhi segala garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. “Seniman sekali lagi mendesak pihak kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan dan SOP kepada warga industri kreatif secepat mungkin untuk kami meneruskan penggambaran demi kelangsungan hidup kami dan keluarga. “Seniman percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia termasuk kami didalam Industri Kreatif yang amat terjejas sekiranya kami terus tidak dibenarkan menjalankan penggambaran secepat mungkin,” kata kenyataan itu. Sumber: K! ONLIN
|
Megikari replied at 6-2-2021 04:13 PM
Sebab sektor korang ni tak penting faham tak? Korang takde pun takpe, kitorg ni banyak lagi sumber h ...
ADVERTISEMENT