“I’m ignorant", mampus! Laki salahkan bini bawak makanan banyak, apo?" Memalukan. Kecoh di media sosial apabila program "Airport Security" di kaca televisyen menayangkan pasangan dari Malaysia ditahan di lapangan terbang Australia gara-gara membawa makanan, tetapi tidak mengisytiharkan bagasinya. Dalam sesi jawab bersama petugas lapangan terbang, pasangan tersebut dilihat seperti keliru dan memberi jawapan yang tidak menyakinkan. Lebih teruk apabila lelaki tersebut seolah-olah menyalahkan isterinya yang membawa banyak makanan sehingga mereka ditahan. Beg mereka diteliti dan hos rancangan tersebut menyatakan terlalu banyak makanan yang dibawa hingga memenuhi beg. Malah, tiada ruang untuk pakaian sekalipun. Lebih menyedihkan apabila petugas tersebut berulang kali bertanya mengapa mereka tidak mengisytiharkan makanan, tetapi dijawab selamba "Im ignorance". "I asked you, did you read and understand all the question on the card. And you said yes, you did. You are a banker?" "Yeah" "And you telling me you're ignorant? And your wife is secretary, as she ignorant as well?" "I think so." Tidak dapat dipastikan tarikh kejadian tersebut, namun ianya membuatkan netizen berasa marah kerana memalukan rakyat Malaysia. Dengan komen-komen tersebut, seharusnya mereka yang ingin ke luar negara perlu mengetahui peraturan di sana ya. Bak kata segelintir netizen, "tak pasal-pasal masuk tv." - CARI |
LoveSungmin replied at 7-2-2021 12:46 PM
I suka tengok Border Security and tak dinafikan some Malaysian memang memalukan.. Ramai yang kantoi ...
Purplehag replied at 7-2-2021 01:03 PM
Bukan namanya irg Asia kalau tak bawa makanan kalau naik flight merantau/balik kampung/atau yang sew ...
che-cikL replied at 7-2-2021 01:01 PM
Bukannya susah nak beli makanan Malaysia kat Australia, apa yg nak bawa bekal begitu sekali?
tikusmontok replied at 7-2-2021 01:10 PM
Itu sebabnya kalo nak ke mana2 luar negara buat research sikit..jgn main hantam jer..masuk aust puny ...
ADVERTISEMENT