Kecoh satu kereta apabila anak Datuk Aliff Syukri, Baem tidak dapat menahan rasa sakit selepas berkhatan pada Jumaat. Menerusi video dikongsikan di Instagram, Aliff menemani anaknya itu untuk memberi semangat ketika Baem berkhatan. Dalam hantaran itu juga, usahawan berkenaan sempat mengimbau kenangan serta proses berkhatan pada zaman dulu yang berbeza dengan teknik masa kini. "Hari ni abang bawa Anak Abang pergi bersunat. "Pengalaman Sunat masa kini sangat moden dan tak sama macam zaman dulu. Bila mengimbau zaman dulu, teringat Jahitan kat kon*k yang mengerikan siap berdarah-darah. "Sekarang smua main leser dan mesin. Darah pun tak ada. Hebatkan? Terima kasih kepada Doktor @klinikdrhasbi yang telah menyunatkan anak saya, servis terbaik. Terima kasih," tulisnya.
|
ADVERTISEMENT