CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Setiap Kali Nak Shooting Mesti Dia..." - Dini Dedah Sikap Janna Nick Di Set

7-2-2021 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8496| Komen: 26

Pelakon Dini Schatzmann ada berkongsi komitmen yang ditunjukkan kekasihnya, Janna Nick ketika mereka sama-sama digandingkan menerusi drama bersiri, Marry Me Senorita.

Drama bersiri tersebut yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi slot Megadrama saluran Astro Ria itu menerima reaksi baik dan turut memuji keserasian pasangan tersebut di kaca TV.





Lalu menerusi Instagram, Dini ada memuat naik sekeping gambar kandid yang dirakam ketika keduanya berada di lokasi penggambaran drama terbabit sambil menyifatkan hos Melodi itu cukup mengambil berat akan dirinya.

“That’s her, every single time I’m about to shoot my scene, she will always make sure that, i look ok, my hair is ok, my reaction is ok, my dialog is ok, my emotion is ok.

“She has to focus with her own character but still helps me out.

“Thanks @munarahimah for capturing the side of her that no one sees,” tulisnya.


Kredit foto: IG Dini

Pendedahan tersebut turut menarik minat ramai untuk sama-sama memberikan reaksi menerusi ruangan komen entri berkenaan.

Selain Janna dan Dini, Marry Me Senorita turut dibintangi oleh Shaza Bae, Datuk Jalaluddin Hassan, Yasmin Hani, Datin Fadilah Mansor, Raja Azura dan Daler Yusuf dan ramai lagi.

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 7-2-2021 03:26 PM
Kalau carut karang kene potong kredit pulak.
Ake ke bijiknye bukak thread untuk mende ni?
Quote YomiuriLandMae 7-2-2021 04:03 PM
bagi iols best lagi TYT kot.. si mike ni suka sgt buat drama adaptation from novel cintan cintun syok sendiri..
Quote Normabaru 7-2-2021 04:24 PM
Dh mcm mak2 siapkn ank before g sekolah.. Hihi
Quote nuryakmal 7-2-2021 05:25 PM
Jijik la hai! Takde content ke editor? Penuhkan quota is it?
Quote Jemahjemah 7-2-2021 05:47 PM
Haaa yelaa
Quote kiah_mai_pulak 7-2-2021 05:56 PM
ketahian apa kah innehhh?????
Quote irish_ieka 7-2-2021 06:21 PM
masa tgh cintan mmg la gitu die buat ko. kang tgka kalau ko gaduh. die pulas kepala ko 360 darjah
Quote BuBuComey 7-2-2021 06:29 PM
Ingatkan ambik wudhuk dulu
Quote missyL 7-2-2021 06:31 PM
Maybe kt luar dieorg kapel..
Tp kt drama x kene lah. Sbb muka janna cm matured compare to bf die sgt boyish bdk2 sgt.

Mcm2 xkene...
Quote gummiebear 7-2-2021 07:25 PM
Terus gua harus bilang wow gitu?
Quote nordin84 7-2-2021 07:27 PM
slyfynx replied at 7-2-2021 03:26 PM
Kalau carut karang kene potong kredit pulak.
Ake ke bijiknye bukak thread untuk mende ni?

kannn.. aish.. pasal drama vodo ni 2-3benang pasal dinijana ni.. aiyooo, blh x jgn nk promote sgt kekayuan tu
Quote LadyCarefree 7-2-2021 07:37 PM
Daler Yusof tu ada permit khas ke stay sini dan bekerja? Mudah betul warga asing masuk dsn kerja sini.
Quote LadyCarefree 7-2-2021 07:40 PM
iols xla peminat mekjena tp untung dia dapat Dini. He is an engineer grad dari Canada. And nampak dia pandai jaga dan ambik hati mekjena sampai keluar sisi pompan dan caringnya. Semoga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke jannah bersama. Btw, mekjena ni in real life cantik sebab kulit cantik. And xlah tomboy mana. Cuma xberapa mesra dgn orang dia xkenal.
Quote naina 7-2-2021 07:45 PM
Dini ni kacuk apo? Mcm tak hensem. Tapi suara cakap tu sedap plak.
Quote MontanaHannah 7-2-2021 08:08 PM
Xde rasa segan-silu nak pegang snetuh org jantan mmg begitu.

Malu dah xde ,apa yg tinggal melainkan bulu poen semata-mata.
Quote dua_chzy 7-2-2021 08:50 PM
missyL: Maybe kt luar dieorg kapel..Tp kt drama x kene lah. Sbb muka janna cm matured compare to bf die sgt boyish bdk2 sgt. Mcm2 xkene...


Apa lagik bila watak Jannah bertudung. Sangat tak ngam.
Quote gideoncross 7-2-2021 09:18 PM
Muka elok, siapa2 pun suka.
Quote aammyy 7-2-2021 09:49 PM
Aku suka bila dia speaking je. Kalau ckp Melayu habis kayu balak terus lakonannya
Quote Kak.Nah.Bosan 8-2-2021 12:44 AM
alahai dah nama pun bercinta tak kan eko buat hal eko aku buat hal aku pulak. tp pesan kak nah usahlah menunjuk sgt bahagia.. ingat tu. ramai dah nunjuk2 kesudahnya kahwin orang lain

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.034729 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top