CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Asyik menari, tak sedar rakam detik bersejarah rampasan kuasa

7-2-2021 10:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4861| Komen: 20


Sekilas pandang, nampak seperti video senaman aerobik biasa dengan seorang jurulatih yang manis menggayakan senaman untuk pengikutnya di Facebook.

Namun tanpa disedarinya, Khing Hnin Wai turut merakam kejadian bersejarah di belakangnya – rampasan kuasa tentera Myanmar yang berakhir dengan penangkapan pemimpin demokratik negara itu termasuk Aung San Suu Kyi pada Isnin lalu.

Dalam hantaran di Facebook, Khing berkata lokasi itu menjadi tempat kegemarannya bersenam sejak 11 bulan lalu malah semuanya dimuat naik ke media sosial.

“Bukannya saya menari untuk menghina atau mempersendakan sesiapa. Saya merakam video untuk pertandingan menari.

Lagipun konvoi tentera bukanlah sesuatu yang menghairankan di Nyapyidaw. Saya sangkakan perkara biasa jadi teruskan sajalah dengan senaman itu.


“Tak disangka video yang saya hasilkan untuk pertandingan menari ini tiba-tiba turut merakam memori yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya.

The Guardian melaporkan sesi senaman Khing itu dilakukan di depan kompleks Parlimen di ibu negara, Naypyidaw, dan wanita itu jelas tidak perasan konvoi kenderaan berperisai di belakangnya melepasi halangan diletakkan di jalan raya.

Lebih menghiburkan apabila kejadian itu seolah-olah turut diiringi muzik yang digunakan Khing untuk sesi senamannya.

Ada yang mempertikaikan kesahihannya, namun BBC menghubungi sendiri Khing yang mengesahkannya. 



Sumber: FMT

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 7-2-2021 11:58 PM
Wow dahsyat gilo
Quote miss_bear 8-2-2021 01:11 AM
Tak nampak pulak videonya
Quote merrissa 8-2-2021 02:08 AM
Postttt la bdeo sekali
Quote merrissa 8-2-2021 02:24 AM
merrissa: Postttt la bdeo sekali


Ahahah dh tgk... lawak giler siap ada meme
Quote mbhcsf 8-2-2021 02:59 AM
Wow, cool. Epic. simply  historically beautiful.
Quote sekngucing 8-2-2021 04:00 AM
dah lama dah video ni.. muzik dia lagu remix indon.. Ampun Bang Jago...
Quote dudaberhias 8-2-2021 04:30 AM
ni videonya yer... kurlastt sheolss...
tiba2 rasa nak bersenam lepas tengok vid sheols ni

[twitter]https://twitter.com/mpeer/status/1356396517221756928[/twitter]
Quote KIM.K 8-2-2021 07:48 AM
dudaberhias replied at 8-2-2021 04:30 AM
ni videonya yer... kurlastt sheolss...
tiba2 rasa nak bersenam lepas tengok vid sheols ni

takda plak wartawan kacau port dia aerobik di hari bersejarah ni
Quote namemysoul 8-2-2021 08:49 AM
Pokok tgk mcm tgh tgk movie star wars...hehehe...mv kater perry pon ada...chained to the rhythm naik naik rollercoaster....hehehe...cer tgk byg kaki dio...
Quote reddots 8-2-2021 09:44 AM
tahukah korang? negara seberang turut berbangga dengan video ni?
tengok berita aritu, mereka berbangga sebab lagu abang jago turut menjadi saksi rampasan kuasa kat Myanmar tu...
Quote reddots 8-2-2021 09:46 AM
kabarnya dia ni guru aerobik. n selalu buat live kat situ.
Quote fizamn 8-2-2021 09:50 AM
ni yg jalan da lapan lane ke 10 lane tu yg masuk IStana tu kan???
Quote GincuPurple 8-2-2021 10:43 AM
reddots replied at 8-2-2021 01:46 AM
kabarnya dia ni guru aerobik. n selalu buat live kat situ.

tengok dari gerakan anggota badan dia, tak macam guru aerobik pro. pergerakan tak sharp, nampak macam joget dangdut je. sapa yg biasa ikuti kelas aerobik pro tau la maksud ku kot?
Quote nanies 8-2-2021 11:02 AM
sib baik tak kena tembak. mungkin dia ni spy tapi pura2 jadi dancer. hahahhaha
Quote gorjeous 8-2-2021 06:03 PM
Macam-macam laa...
Quote AbukRokok 8-2-2021 09:20 PM
kenapa indon mendunia?
lagu malaysia xteringiin ke?
Quote R.A.M.A_mirror 11-2-2021 06:17 PM
miss_bear replied at 8-2-2021 01:11 AM
Tak nampak pulak videonya

Aik..active lagi missbear ni.. haha
Quote b_n_c 11-2-2021 06:37 PM
GincuPurple replied at 8-2-2021 10:43 AM
tengok dari gerakan anggota badan dia, tak macam guru aerobik pro. pergerakan tak sharp, nampak ma ...

aku perasan...

tu pelik masuk pertandingan apa tah prgerakan cm tu jah...

jd lawak plak tgk mcm robot...hahahahaha
Quote bangcak 11-2-2021 06:57 PM
puak2 langkah syairaton lebih bijak.
serang pintu belakang istana malam2 buta waktu agong nak tido.

so,
takde sapa2 sempat rakam

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048676 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top