Sebut sahaja lagu Taman Rashidah Utama, rata-rata daripada peminat genre rock kapak tahu mengenai kisah di sebalik lagu ini. Pertama kali diterbitkan pada tahun 1988, lagu nyanyian kumpulan Wings dalam album Wings bertajuk Hukum Karma, lagu ini masih lagi menjadi siulan masyarakat hari ini. Kisah patah hati si penulis lirik Ditulis oleh Bob Lokman, lagu Taman Rashidah Utama merujuk kepada sebuah tempat di Senawang, Seremban yang mana merupakan lokasi gadis pujaan hati beliau. Mengenali si gadis yang pada ketika itu berusia 14 tahun dan beliau pula berusia lewat 20-an, Bob mendedahkan beliau sanggup berulang sejauh 10km setiap hari semata untuk melihat gadis pujaan hatinya dari jauh semasa menunggu bas sekolah setiap pagi. “Semasa berusia lewat 20-an, saya berjumpa sorang gadis berusia 14 tahun dan jatuh cinta. Saya tahu yang beliau tinggal di Taman Rashidah Utama di Seremban. Saya biasa berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur sebab Wings pernah berlatih di sebuah studio di sana. Gadis tersebut singgah di studio dengan rakan-rakannya untuk bertemu dengan kumpulan Wings. Beliau cantik tapi tidak mempedulikan saya. Tapi saya tetap suka pada beliau dan kami kekal berkawan sejak hari itu. Saya sanggup tunggu sehingga beliau habis sekolah dan merancang nak bertemu keluarganya bagi urusan masuk meminang. Tapi beliau jelaskan yang beliau memang tiada perasaan pada saya.” Wanita di sebalik lagu Taman Rashidah Utama
|
little_sis replied at 7-2-2021 11:17 PM
Lama x dgr cite aida aris ni.. penah terserempak beliau masa baru keluar bank kat ampang point, dah ...
dubuk replied at 8-2-2021 12:33 AM
laa... ada taman betul rupanya...
jargon replied at 8-2-2021 01:39 AM
Aida ni org mana uols?dekat wiki tulis org singapore..tp skolah dkt seremban..aikk
dubuk replied at 8-2-2021 12:33 AM
laa... ada taman betul rupanya...
ADVERTISEMENT