Gara-gara hubungan cinta dengan kekasih tidak mendapat restu keluarga, seorang lelaki nekad membakar rumah abangnya di Surabaya, Jawa Timur. Menurut jurucakap polis Rangkut Menanggail, Joko Soesanto, suspek berusia 37 tahun itu tinggal bersebelahan rumah abangnya dan ini bukan kali pertama dia merosakkan kediaman tersebut.
“Suspek mula merosakkan rumah abangnya sebagai tanda protes kerana hubungan cintanya tidak mendapat restu sejak November 2020. “Antara kerosakan yang dilakukannya termasuk memecahkan tingkap serta merosakkan pagar dan kemarahannya memuncak kelmarin sehingga sanggup membakar rumah abangnya,” kata Joko kepada Tribunnews. Joko memberitahu, abang suspek kemudiannya membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan. Jelasnya, abang suspek memaklumkan dia tidak pernah mencampuri urusan peribadi adiknya dan terkejut dengan apa yang berlaku.
Sumber: Utusan |
ADVERTISEMENT