CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Pengikut Di Media Sosial, Punca Ramai Artis Tiada Tawaran?

8-2-2021 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3006| Komen: 7

Benarkah wujud ketidakadilan terhadap selebriti tempatan yang tidak memiliki jumlah pengikut ramai di Instagram untuk mencari rezeki?

Adakah syarikat produksi mahupun stesen televisyen mula 'buta' apabila kebanyakan tawaran diberikan kepada individu yang memiliki jumlah pengikut yang ramai di laman sosial berbanding anugerah bakat seni? Barangkali segala persoalan itu sentiasa berlegar di fikiran majoriti selebriti yang berjuang bermati-matian untuk mencari makan dalam bidang masing-masing.


Walaupun tiada siapa berani tampil mengakui kesilapan diri namun hakikatnya inilah masalah yang dihadapi dan menjadi syarat baru kepada pemilihan.

Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, maka industri seni akan dipandang sebelah mata kerana sudah tiada bakat untuk dipertaruhkan.

Kredit foto: Harian Metro



Pelakon, Taufiq Hanafi yang memiliki jumlah pengikut 102,000 di Instagram mengakui menjadi satu trend apabila kebanyakan tawaran bersandarkan jumlah pengikut yang dimiliki seseorang artis itu.

"Sedar atau tidak, sudah ramai mempertikai masalah dalam industri seni ketika ini. Memang diakui memiliki pengikut ramai di Instagram memudahkan promosi sesuatu naskhah itu, tapi adakah mereka yang dipilih berlakon mampu menjaga kualiti lakonan dan memberikan hasil terbaik kepada sesebuah karya itu.

"Bagi saya, kerjaya lakonan ini perlukan bakat dan juga skil berbanding populariti. Tidak dinafikan populariti adalah sebahagian daripada proses untuk memudahkan cara promosi tapi wajarkah individu yang tidak berbakat diambil berlakon sedangkan kerjaya seni ini adalah mengenai bakat. Populariti akan datang jika hasilnya baik," katanya.

Menurut Taufiq, melihat senario yang berlaku sekarang orang luar termasuk penonton
juga sudah mula mempertikaikan kualiti pelakon yang dicungkil.

"Kita selalu dengar komen orang ramai mengenai mengapa orang banding-bandingkan kualiti lakonan pelakon lama dan baru.

"Ramai mengatakan pelakon lama lebih baik berbanding sekarang. Jika dilihat pelakon lama dulu juga ada media sosial media seperti Myspace, tapi penilaian mereka tidak bersandarkan kepada jumlah pengikut media sosial ketika itu.

"Orang tahu mereka berbakat sebab mereka mempunyai bakat untuk dipertaruhkan. Bukan disebabkan jumlah populariti yang dimiliki di laman sosial mereka," katanya.

Pelakon Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abd Razak pula berharap stesen televisyen atau syarikat produksi tidak memandang jumlah pengikut Instagram yang dimiliki seseorang artis itu.

"Tak wajar stesen televisyen atau penerbit menilai populariti bersandarkan jumlah pengikut di Instagram. Ini kerana, jumlah pengikut yang ramai tidak bermakna seseorang itu ada bakat dalam bidang lakonan.

"Saya akui jumlah pengikut di Instagram saya tidak tinggi seperti artis lain. Mungkin saya kurang mengikut trend semasa seperti membuat video TikTok, tapi saya bersyukur masih menerima tawaran berlakon.

"Cuma jumlah pengikut yang saya miliki sekarang ada kesukaran dari sudut mendapat tawaran untuk kempen produk. Barangkali tawaran itu diberikan kepada individu yang memiliki pengikut yang lebih ramai berbanding saya," katanya yang memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai 113,000 orang.

Sementara itu, penyany Bob Yusof kurang bersetuju sekiranya jumlah pengikut menjadi pilihan utama stesen televisyen mahupun pihak lain.

"Terpulang kepada stesen televisyen atau pihak lain berkaitan untuk menilai saya dari jumlah pengikut yang saya miliki sekarang. Bagi saya, tidak wajar memilih seseorang bersandar jumlah pengikut semata-mata.

"Walaupun zaman kini berubah tapi kita harus memandang bakat terlebih dahulu kerana bakat itu penting untuk melahirkan anak seni berkualiti. Tapi tidak dinafikan kini media sosial memainkan peranan penting dalam hal ini.

"Apapun saya terbuka dan positif dalam penerimaan medium media sosial sekarang sebagai trend yang kita ikuti memandangkan ia medium kerja terkini sewaktu pandemik Covid-19 ini," katanya yang memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai 54,000 sahaja.

Menurut Bob, dia bersyukur tidak berdepan kesukaran menerima tawaran kerja walaupun pengikut di Instagram tidak serancak penyanyi lain seusia dengannya.

"Tidak dinafikan Instagram satu medium penting untuk semua orang bukan sahaja selebriti kerana kini Instagram satu medium mudah dan boleh digunakan untuk mempromosikan apa sahaja yang diinginkan. Sebagai contoh, promosi drama, lagu, produk kesihatan serta makanan.

"Setakat ini tidak sukar menerima tawaran kerja hanya kerana pengikut saya ada 54,000 sahaja, malah untuk dapatkan ulasan produk tiada masalah kerana ramai menghubungi untuk memberi ulasan terutama produk makanan," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi muda Ryan Deedat tidak menolak keputusan yang dibuat sesetengah pihak apabila mengutamakan jumlah pengikut namun dia berharap ada keseimbangan dari sudut pemilihan.

"Soal ini pastinya perlu dilihat dengan teliti. Pihak televisyen pastinya mahukan keuntungan dari hasil produk yang dibuat. Jadi sudah menjadi lazim untuk mereka melihat kepada jumlah pengikut artis terbabit untuk memberi sokongan kepada produk mereka.

"Tetapi, saya melihat perlu ada keseimbangan. Kalau semua tawaran diberi kepada yang mempunyai pengikut yang ramai sahaja sudah pasti kita akan kehilangan bakat-bakat yang hebat.

"Walaupun mereka kurang pengaruh di media sosial akibat kegagalan untuk menawan hati peminat, tapi janganlah kita melupakan bakat seni yang mereka miliki," katanya.

Menurut Ryan yang memiliki jumlah pengikut di Instagram sekitar 52,000, dia mengakui berusaha menaikkan jumlah pengikutnya.

"Memandangkan negara sekarang dilanda pandemik Covid-19, saya guna Instagram setiap hari dan sudah mewujudkan program sendiri di Instagram setiap malam.

"Program ini dinamakan Sidai Talk yang akan bersiaran secara langsung di Instagram Live. Saya akan bersama pengikut bagi membincangkan topik-topik menarik dan bermotivasi. Alhamdulillah setakat ini saya mendapat sambutan yang cukup baik," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 8-2-2021 02:54 PM
Bila peminat ramai maki peminat..
Cakap unfollow je kalau xsuka..
Bila xde job marah sbb peminat xfollow..
Artis2 ni delusional sungguh..
Quote slyfynx 8-2-2021 04:46 PM
That's life. U chose to be in dunia glamour, u have to be glamorous.
Quote Nenasketum 8-2-2021 05:24 PM
Sempit nya dunia ampa. Views dalam Soc med ni tak mencerminkan population sesuatu tempat. Bak kata Menteri Agama, Dr Zul bila orang komplen depa kekonon tak dapat bantuan sebab tak viral, log out, lihat dunia luar, ia lebih luas.
Quote stinger.baik 8-2-2021 06:39 PM
badan cam badak muka takde nur lps tu homo sape yg nk follow ko

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote fealefea 8-2-2021 06:46 PM
x, ko kene ada kabel. kalau stesyen tv suka, takde ig pon job bersusun.
Quote tagas 8-2-2021 08:19 PM
Abis tu tak reti2 quit dr doniah lagho nih

carik job yg lebih berkat
Quote matbad 9-2-2021 02:21 AM
Yg rajin follow tu je nk hadap tgk tv. Yg tak follow tu bkn nk kesah ada tv ke tak. So tak penting pn bakat atau kualiti. Yg org suka tgk yg glamer ja. Layan animal planet lgi bagus

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.030121 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top