|
Pelakon Azrel Ismail, 37, mengakui dia masih menjalin hubungan baik dengan pelakon Ruhainies dan tidak pernah sesekali bermasam muka kerana mereka kekal bersahabat.
Menurut Azrel, tidak ada sebab untuk dia marah atau putus sahabat dengan Ruhainies berikutan gosip cinta yang pernah mengaitkan mereka dahulu. "Saya dan Ruhainies, kami masih bersahabat baik. Lagi pun, kisah dahulu itu hanya gosip sahaja. Jadi, buat apalah sampai nak simpan dalam hati hingga putus sahabat kerana itu. "Bagi saya, kena profesional dan matang. Ditambah, industri hiburan di Malaysia ini pun tidaklah besar dan rugi kalau kita bergaduh atau bermasam muka. Untuk saya, kami tidak pernah bermasalah," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Azrel, selain Ruhainies, dia juga berkawan baik dengan kakak pelakon itu, Nur Risteena termasuk mengenali keluarga mereka. Katanya, dia juga lebih selesa mengekal hubungan baik dengan semua orang.
|

Zeatyisaac replied at 8-2-2021 05:08 PM
Ingatkan dia bekas pakwe Zara Zya
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.897519 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.