CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Maaf Buletin Utama, No Offence" - Ramzan Pula 'Diajar' Adibah Noor Sebutan BI

8-2-2021 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19994| Komen: 119

Menyedari kesilapan bahasa Inggeris seorang pembaca berita TV3, pelakon Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan semula cara sebutan bagi perkataan itu.

Menerusi Twitter, Adibah memuat naik video cara sebutan atau pronunciation yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.




"Maaf Buletin Utama TV3, saya ambil potongan (berita) daripada anda, no offence (bukan maksud menyinggung)... tapi ini adalah semata-mata untuk pembelajaran," katanya sambil menyebut sebutan yang betul.

Video yang dikongsi Adibah itu dihasilkan menerusi aplikasi TikTok sebelum dimuat naik semula di Twitter.

Perkongsian Adibah itu menerima komen positif dan mendapat lebih 1,000 retweet dan hampir 4,000 tanda suka daripada pengikut.


Kredit foto: IG Adibah


Sementara itu, rata-rata pengikut berharap penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini terus menghasilkan kandungan video sedemikian bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris orang ramai.

Ramai juga menyokong dia untuk terus membuat content sedemikian bagi berkongsi ilmu dengan orang ramai.



Sebelum ini, Adibah Noor yang merupakan guru bahasa Inggeris kerap berkongsi cara sebutan dan ejaan yang betul di laman sosial miliknya.

Malah, penyanyi Haqiem Rusli juga pernah menerima teguran apabila sebutan bahasa Inggeris dalam lagu yang dinyanyikan berjudul, Jatuh Bangun tidak jelas dan kurang difahami.


Sumber: mStar

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 8-2-2021 04:45 PM
bila nak buka kelas BI?
Quote Mulotkoyak 8-2-2021 04:45 PM
Ape ape je la makcik
Quote LadyCarefree 8-2-2021 04:45 PM
Kak Dib buat YT la. Dapat juga duit dari situ.
Buat class online English communication skill. Group atau private. Ada je yg nak bayar kot.
Quote lavendernovella 8-2-2021 04:46 PM
Adibah ni sora dia best kot. Suara dia ada character tersendiri.  
Quote makadek 8-2-2021 04:47 PM
Buat yt aku follow rapat2

Quote cruz2 8-2-2021 04:49 PM
Tegur sebutan bi org dan dlm masa yg sama dok merintih terkesan bab income bagai.apa kata teacher gunakan kepakaran,kemahiran yg ada utk jadikan sebagai punca pendapatan.baru la berbaloi
Quote missbigrockstar 8-2-2021 04:53 PM
Tv3 apa lagi ambik kak dibah jadi pembaca nightline news, mengacara money matters ke. Dia tgh takda job tu. Tak pun jadi consultant utk bilik berita bahasa inggeris ke?
Quote makcun14 8-2-2021 04:54 PM
Acik amenderr ni kalau bukak youtube oh my english mesti menjadik. Sedap suara dia and tak menganjing, suka cara dia tegur.Very respectful
Quote salmon-suki 8-2-2021 04:54 PM
Nape tak je dia ajar BI jah?kata pendapatan terjejas kan..dah ada skill tu,guna lah..simpan sorg2 buat ape..xpun bt mcm c cikman tu haa,jom arab sesikit..ilmu pn dpt..
Quote djzara81 8-2-2021 04:56 PM
Daripada dok tegur & betulkan BI org kat medsos, better kak Dibah buat online tuition. Buat classes for adults especially non management level office workers yg tak fluent in  English.
Quote ckenj 8-2-2021 04:59 PM
bukak yt channel ajar bi pun ok..related kan ngn ayat penggunanan seharian.  buat how to talk in intervw ke..nk ajar bdk2 strt english ke..if ramai org tgk leh jugak dpt income. . moga kak diba baca forum ni...n semoga bejaya. ..aminnn
Quote Aikiko 8-2-2021 05:07 PM
Ooh...terciduk jua , iols pun sebut yang salah....baguskan kak dib nie
Memang perasan jugak banyak kali pembaca berita banyak pronounce salah baik tv3 or RTM terutamanya sebutan bagi segmen sukan
Betulkan  yang biasa, Biasakan yang betul
Quote Zeatyisaac 8-2-2021 05:14 PM
missbigrockstar replied at 8-2-2021 04:53 PM
Tv3 apa lagi ambik kak dibah jadi pembaca nightline news, mengacara money matters ke. Dia tgh takda  ...

Sangat setuju. Adibah Noor is one of a kind.
Quote Nenasketum 8-2-2021 05:17 PM
Apa qualification babab ni ek?
In real life, sebelum Covid lar, she was quite a ‘difficult’ person in general. Harap2 dah berubah lah
Quote missbigrockstar 8-2-2021 05:23 PM
Aikiko replied at 8-2-2021 05:07 PM
Ooh...terciduk jua , iols pun sebut yang salah....baguskan kak dib nie
Memang perasan jugak ...

Zaman dulu rengsa bila dengar pembaca sukan salah sebut nama team EPL. Contohnya Tottenham Hotspur. Sekarang dah betul dah. Tapi kalau nama team Eropah berbelit juga nak sebut. Entah betul  ke tidak. Kena buat research dulu.
Quote missbigrockstar 8-2-2021 05:25 PM
Zeatyisaac replied at 8-2-2021 05:14 PM
Sangat setuju. Adibah Noor is one of a kind.

Tu lah rugi bakat, skills, dan qualification tak digilap. Tapi nak ke dia?
Ramai suruh dia buat YouTube channel ajar English Language pun belum dibuat lagi.
Quote Aikiko 8-2-2021 05:27 PM
missbigrockstar replied at 8-2-2021 05:23 PM
Zaman dulu rengsa bila dengar pembaca sukan salah sebut nama team EPL. Contohnya Tottenham Hotspur ...

Betul....pembaca berita sukan kena banyak2kan tgok sports news dari luar, nama atlet, kelab sukan, company kena pronounce dengan betul spy masy.pun terdidik xdala malu nak sembang dgn rakan social media from oversea kan
Kalau arena iols xsure coz xde astrok
Quote nolya 8-2-2021 06:15 PM
missbigrockstar replied at 8-2-2021 04:53 PM
Tv3 apa lagi ambik kak dibah jadi pembaca nightline news, mengacara money matters ke. Dia tgh takda  ...

Good idea n  TV3 should consider the suggestion. May Allah bless AN's sustenance.
Quote September14 8-2-2021 06:34 PM
Nyampah aku dia ni mcm bgus sgt hujung2 merempan xleh cr mkn... g la usaha tu klu dh pndai sgt kan

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060623 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top