CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Menyuruh Isteri Membuat Pinjaman Bank Semata-Mata Mahu Beli Superbike

8-2-2021 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5876| Komen: 32

Gambar sekadar hiasan



SUDAH menjadi tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri dari segi zahir mahupun batin.

Namun, perkara ini kadangkala dianggap ketinggalan zaman atas alasan untuk hidup di dunia sekarang anda perlu buang sikap kedekut atau pentingkan diri.

Baru-baru ini, perkongsian di laman Facebook mengenai kisah pasangan suami isteri yang membuat permohonan pinjaman peribadi kakitangan awam yang dimuat naik pada Isnin tular dengan meraih lebih 9,200 perkongsian (share).

Menerusi posting di Facebook, Eira Prislla mendakwa pernah mengendalikan satu kes pinjaman seorang jururawat yang mana suaminya yang bertindak menghantar permohonan manakala jururawat berkenaan hanya duduk di belakang diam mengendong anak.


Umum mengetahui, seorang penjawat awam mempunyai kelebihan kerana mudah untuk membuat permohonan pelbagai pinjaman, berbeza dengan pekerja swasta atau yang bekerja sendiri.

Berdasarkan perkongsian tersebut, suaminya dilihat seakan-akan mengambil kesempatan terhadap pekerjaan isterinya yang merupakan seorang penjawat awam.

Menurut posting tersebut, selepas empat hari menghantar permohonan wanita itu menghubunginya melalui WhatsApp, memintanya untuk tidak meneruskan pemprosesan permohonan pinjaman berkenaan.

“Kemudian si suami pula menghubungi pejabat untuk tanya status permohonan. Kami yang urus loan ni semakin pelik, jadi saya kata permohonan sudah dibatalkan sebab ada yang minta untuk dibatalkan. Kemudian si suami kata, nanti dia cakap dengan isteri. Tolong teruskan proses itu sebab tujuan loan dibuat untuk beli superbike berharga RM86,000.

“Masuk minggu seterusnya isteri lelaki itu menghubungi saya dan minta untuk berjumpa. Saya jumpa wanita itu di luar, dia merayu-rayu pada saya. Katanya tolong kesiankan dia, suaminya tak pernah tanggung serta beri nafkah untuk dia dan anak-anak,” kata Eira menerusi posting tersebut.

Dia difahamkan, wanita itu pernah d1ceraikan dan kemudian rujuk semula atas alasan anak-anak masih kecil. Dia mengambil keputusan untuk menerima semula suaminya selepas dipujuk oleh keluarga mentua, tetapi perangai suaminya tetap sama.



Salah satu keratan akhbar berhubung isu ini.

Tambah jururawat itu, segala hutang rumah, pinjaman peribadi ditanggung olehnya dan jika permohonan pinjaman terbaharu ini lulus, dia terpaksa menanggung hutang motosikal pula.

“Dia kata kalau kasihankannya, tolong beritahu suaminya bahawa pinjaman ini ditolak oleh pihak bank.

“Kasihan pada wanita ini, saya buat seperti mana yang dimintanya. Dan seperkara lagi, si suami ada wanita lain. Sudahlah si isteri tak diberikan nafkah. Guna nama isteri untuk tujuan dan kesenangan diri sendiri,” tulisnya yang merupakan seorang pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam.

Selepas mengetahui permohonan tersebut gagal, lelaki itu cuba menghubungi Eira dan memintanya memasukkan permohonan pinjaman itu ke koperasi pula.

“Saya cakap bank dah tolak. Kalau masuk koperasi kemungkinan juga akan ditolak. Sebab syarat koperasi juga lebih kurang bank. Sepertinya dia sedikit kecewa.

“Saya ada simpan nombor telefon lelaki tu untuk data pelanggan dan apabila saya periksa WhatsApp, terpampang gambar lelaki tu bersama wanita lain dengan mesra berpelukan,” kata Eira.

Sejurus mengetahui perkara itu, Eira mengambil keputusan untuk melupuskan permohonan tersebut dan isteri lelaki itu mengucapkan terima kasih sambil kedengaran nada sedikit sebak mencari kekuatan.

“Duhai lelaki, wanita itu untuk kau tanggungi nafkahnya. Untuk kau berikan kasih sayang dan menjaga maruah serta keselamatannya. Bukan untuk kau jadikan hamba dan bibik di rumah. Malah kau bebankannya dengan hutang,” luah Eira.



Sumber: MSTAR ONLINE

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 9-2-2021 12:32 AM
Salah laki tu ke salah bini jd mak turut..
Quote vee_zara 9-2-2021 12:53 AM
Sebab tu klau nak kawen kena sekufu.. jangan main tangkap muat saja. Contoh cikgu dengan pembantu makmal. Doctor dengan org tukang xray. Tak sesuai
Quote MarryPottet 9-2-2021 01:31 AM
Menyirap weiii baca. Rasa nak hamput dua dua -si jantan kaberet sebab memperkudakan bini. Si isteri sebab hidup dgn motto asal berlaki
This better be real story. Kalau cerita hasanah, bazir kalori aku je naik darah memalam buta ni
Quote Itzy 9-2-2021 01:34 AM
pearl.silver: Salah laki tu ke salah bini jd mak turut..


Salah lelaki sebab dosa dia yang nak kena tanggung. Berdosa besar menzalimi isteri sendiri begitu juga isteri. Dalam mata manusia mesti akan kata salah isteri jd mak turut tapi dalam islam, dosa ditanggung si pelakunya. Tapi dalam kes ni nampak jelas si suami yg beria2 tetap nak buat pinjaman walau guna nama isteri. So boleh agak salah siapa.
Quote Itzy 9-2-2021 01:37 AM
vee_zara: Sebab tu klau nak kawen kena sekufu.. jangan main tangkap muat saja. Contoh cikgu dengan pembantu makmal. Doctor dengan org tukang xray. Tak sesuai


Masalah bukan pada sekufu tapi pada sikap dan tanggungjawab. Kalau kaya tapi tak bertanggungjawab tetap sama. Ada juga tentera pangkat gaji lebih besar dr isteri kerja jururawat desa tapi asyik minta isteri buat loan hingga dikejar ahlong.
Quote lattehazelnut 9-2-2021 06:15 AM
Edited by lattehazelnut at 9-2-2021 06:47 AM

Fikir pasal anak tp kalau laki xbg nafkah knp nak rujuk balik? Kang bertambah lg anak, kau jugak yg kena kje n sara..
Mertua pun, xajar ke anak kau bg nafkah n tanggungjawab..
Quote annehuda 9-2-2021 07:07 AM
lattehazelnut replied at 9-2-2021 06:15 AM
Fikir pasal anak tp kalau laki xbg nafkah knp nak rujuk balik? Kang bertambah lg anak, kau jugak yg  ...

Budaya keje gomen kan, ramai acik2 tunggu pencen.jadi janda karang kene ngumpat
Quote yusryimran 9-2-2021 07:11 AM
sial nya jantan
Quote sarahmirza 9-2-2021 07:36 AM
Macam dah pernah baca dulu....
Kat FB rasanya....

Golongan nurse dan cikgu ni rata2 asalkan berlaki ke?
Adakah faktor persekitaran tempat kerja menjadi faktor utama mereka tetap nak berlaki biarpun terpaksa susahkan diri?

Yang jantan pun.... Mak bapak tak didik anak tanggungjawab sedari kecik agaknya....
Sejenis keluarga yang letak tanggungjawab kat anak perempuan buat semua kerja rumah termasuk la memastikan abang2 tak mati kebuluran... Moga pupus keluarga sebegini...
Quote helicornia 9-2-2021 08:03 AM
ni citer lama kan
dah basi
bertahun2 dulu punya citer
Quote helicornia 9-2-2021 08:04 AM
vee_zara: Sebab tu klau nak kawen kena sekufu.. jangan main tangkap muat saja. Contoh cikgu dengan pembantu makmal. Doctor dengan org tukang xray. Tak sesuai

tak bole sis.kena kawin tangkap muat je pun takpe.klu tak kena kecam andartu esp ifanonline tu
Quote ellejo 9-2-2021 08:07 AM
ni lah dia. asal berlaki.


cewah aku kutuk orang aku pun sama asal berlaki
Quote Wimoon 9-2-2021 09:05 AM
Kwn iols baru setahun kahwin laki dah suruh buat loan 5k.btw dia masa tu kje pharmacy assistant tak pernah buat loan ape so senang lulus lah.. Laki dia dpt je duit loan buat pi beli iPhone..takde duit nak makan pi gadai gelang kahwin.kerja taknak dpt pulak adik beradik toxic bini cakap pon taknak dengar.
Quote Kurex 9-2-2021 09:52 AM
Dah ada kan cerita ni...............
Quote gigahertz 9-2-2021 10:48 AM
Itzy: Masalah bukan pada sekufu tapi pada sikap dan tanggungjawab. Kalau kaya tapi tak bertanggungjawab tetap sama. Ada juga tentera pangkat gaji lebih besa ...

Tu kalau tak judi. Mesti kaki dadah.  
Org lelaki ni pangkat lagi tinggi lagi perangai.
#iislelaki
Quote tagas 9-2-2021 11:47 AM
citer lama nih

btw

me got experience from frens

abg nye kontraktor kawen dgn bini doktor

hujung2 projek huas mintak bini wat loan

utk run biz

tak taw pe cer laa nih nasib depa
Quote meow_tompok 9-2-2021 12:58 PM
jika rumah isteri yg bayar loan, pastikan rumah tu 100% nama isteri si pembayar hutang.
penah jadi kat arwah ex-opismate aku. arwah sorang je keje, secretary gaji 4k gitu. laki dia tak tahu keje apa yg pasti tiap2 hari jemput bini balik keje.

satu ari laki dia main futsal, rebah terus meninggal. Masalah timbul bila rumah yg dibeli tu atas 2 org penama (tapi yg membayar si bini sorang je), mak mertua tuntut rumah tuntut kereta walaupun tahu selama ni anak laki dia tak kerja pun, menantu yg dok bayar ansuran rumah dgn kete. Kereta mak mertua amik (sbb kete atas nama anak laki dia), bila bank call suruh bayar terus dia call ex-opismate aku tu suruh amik kete balik. Rumah tu pulak nak jual sbb nak selesai pertikaian harta pusaka dgn mak mertua itupun mak mertua bukannya menyenangkan urusan. Urusan lawyer ex-opismate aku jugak yg keluar duit dan tenaga.

Beberapa tahun kemudian ex-opismate aku tu pulak meninggal sbb kanser payudara. Urusan harta pusaka dgn mak mertua tu tak tahulah mcm mana. Anak2 masih bawah 18tahun. Nenek belah mak yg jaga. Nenek belah ayah reti nak harta je.

Jadi bini nak buat hutang utk harta letak nama laki fikir-fikirkanlah.

Quote wandacoffee 9-2-2021 02:19 PM
Edited by wandacoffee at 9-2-2021 02:25 PM


Yg penting hidup kita,kita tentukan...kita tak suke jgn buat.
Quote sayawifenikmie 9-2-2021 02:50 PM
vee_zara replied at 9-2-2021 12:53 AM
Sebab tu klau nak kawen kena sekufu.. jangan main tangkap muat saja. Contoh cikgu dengan pembantu ma ...



... heyyyy ... tukang x-ray ada jer tahap pegawai uols... siap jusa A lagi ...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.094091 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top