CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shaheizy Sam Mengaku Perangai Buruk Sebelum Kahwin, Syukur Syatilla Melvin Tetap Ada

9-2-2021 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11874| Komen: 79

Genap lima tahun usia perkahwinan, pelakon Shaheizy Sam mengakui isterinya iaitu Syatilla Melvin banyak bersabar melayan kerenahnya sejak mereka mula berkenalan sehinggalah selepas berumah tangga.


Ujar Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad, dia bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri yang penyabar dan penyayang.

Malah Syatilla juga menjadi punca Sam berubah menjadi seorang suami dan bapa yang matang.

Foto: IG

"Sebelum berkahwin, saya seorang lelaki yang ego, pentingkan diri sendiri... apa yang saya nak, saya akan dapatkan. Saya ada perangai itu. Kenal Tilla dah lama, dia banyak bersabar dengan saya.

"Ikut sahaja kerenah saya sampailah kami berkahwin. Apabila dah kahwin, lima tahun... lalui banyak fasa. Kadang-kadang saya terfikir, walaupun perangai saya tak berapa elok, Tilla tetap ada bersama saya.


"Saya nampak pengorbanan dia ketika mengandung dan melahirkan dua orang anak kami. Sejak daripada itu, saya semakin matang. Sejujurnya, perkahwinan buat saya banyak berubah," katanya kepada mStar.



Pelakon filem Polis Evo itu turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima bersama peminat secara maya menerusi saluran YouTube pada malam, Isnin.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.



Dalam pada itu, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata setiap pasangan yang berumah tangga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Malah pelakon drama Sha & Shah ini bersyukur sudah melepasi lima tahun pertama perkahwinan dan masih bahagia biarpun pernah berdepan dengan ujian.

"Bagi saya dalam perkahwinan memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Saya pernah dengar orang kata lima tahun pertama perkahwinan adalah fasa yang paling teruk.

"Dalam tempoh ini kita kenal pasangan macam mana dan nak buat pilihan untuk masa depan rumah tangga. Saya dan Sam dah kenal 11 tahun. Alhamdulillah, kami dah lepas fasa itu dan tak rasa teruk pun macam orang cakap.




"Setiap rumah tangga ada dugaan yang berbeza begitu juga kami yang tidak terlepas dengan ujian. Tapi Alhamdulillah, tidak seteruk seperti yang orang takut-takutkan itu.

"Paling penting dalam rumah tangga ini adalah komunikasi antara suami isteri. Kita kena ikut cara yang betul dan berkomunikasi dengan pasangan, Insya-Allah tak timbul masalah yang besar," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanse 9-2-2021 08:50 AM
Selekehnya, kepamnya Sam.
Quote bakingsoda 9-2-2021 08:53 AM
skrg penampilan yg buruk tila insecure ke kalau laki dia nampak helokkk
Quote minguk 9-2-2021 08:53 AM
okay.                           
Quote yum3 9-2-2021 08:54 AM
Kepammmmmmm nextttt
Quote doubleA 9-2-2021 08:55 AM
Sepadan serempit seirama
Quote Tudungpink 9-2-2021 09:00 AM
Edited by Tudungpink at 9-2-2021 11:57 AM



Nampak kesian dorang laki bini
Quote kucingitam 9-2-2021 09:07 AM
sebijik muka mak dia eh sam sekarang
Quote husie91 9-2-2021 09:37 AM
Hehe ni baru true meaning of bahagia lepas kawin haha mcm dipam3 sham nyaa.. maybe kalau dia ummah netizen biasa org tk kisah kot tp dia bekas hero malaya haha selayaknya la rmi org kecam bila perubahan saiz bdn yg ketata haha tkpela syan asalkan kau laki bini bahagia hehe
Quote Kurex 9-2-2021 09:40 AM
Kalau adik dia yg muka sama2 tua sebelum usia kawen dgn pawi, kompom pawi jadi kepam busuk.. muka berkerak pun nama melvins, vuto!!!!
Quote EvieWanKenobi 9-2-2021 09:57 AM
oklah sendiri dah ngaku perangai buruk..
Quote September14 9-2-2021 09:58 AM
Kepam buang je la misai tu
Quote missHaidiD 9-2-2021 10:00 AM
Couple paling hauk.   Laki kepam bini rempit
Sesuaiiii sgt
Quote ckenj 9-2-2021 10:01 AM
ok            
Quote Afifi82 9-2-2021 10:11 AM
Kepamnya laki bini.
Quote Geeayden 9-2-2021 10:19 AM
Pasangan suami isteri yg sepadan
Quote makcun14 9-2-2021 10:33 AM
hamboihhh bukan main puji diri sendiri yach kat insta "happy anniversary to your handsome loving husband" . patutnya "happy anniversary to your kepam bonchits husband"
Quote annehuda 9-2-2021 10:45 AM
so secara tak rasminye memang die lah dalam video cendawan tu?
Quote apedehal 9-2-2021 10:48 AM
Hadoi..macam pacik2 macik2, kepoh bingit, suka tunuk pangai xsenonoh dpan anak, so aku boleh bayangkn pangai2 ank2 deme nnt..cuba la amek cth fazura, pndai jaga laki makin hensem makin wangi.
Quote apedehal 9-2-2021 10:50 AM
To me, depa ni try hard sgt nk nmpak gila2, loving with each other.. better la aku tgk ain & laki dia, smooth ja, xsakit mata & sakit telinga eventho jenis masuk air jugak.done compare

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.086127 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top