Sungguh mengejutkan apabila ibu Aiman Tino mendakwa penyanyi itu sudah berubah hingga melupakan keluarga akibat dikongkong seorang wanita dikenali sebagai Farah. Tidak berdiam diri, Aiman tampil menjelaskan situasi sebenar.
Katanya, semua yang berlaku antara dia dan ibunya, Hazelina Mat Jalil adalah salah faham. "Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini. "Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima. "Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan... Sampai mereka boleh fikir macam-macam," katanya kepada Berita Harian.
Sedar sikapnya itu mendatangkan masalah kepada keluarga, dia segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan konflik itu. Dia juga sedar membuat ibu bapanya risau dengan sikap sambil lewanya itu dan berharap dapat berubah demi kebaikan bagi mengelak menyusahkan orang lain. Justeru, dia menegaskan salah faham itu berpunca dari silapnya sendiri dan menggesa semua pihak berhenti menyalahkan orang luar terutama Farah. Sebelum ini, kecoh apabila ibu Aiman memuat naik status terkilan di Instastory dengan anaknya yang sukar dihubungi hingga mengganggu urusan membabitkan kariernyakerana dikongkong wanita didakwa kekasihnya. - CARI
|
mieymiey replied at 9-2-2021 12:15 PM
Tak manis yach masalah keluarga dicanang sana sini.
Orangelily replied at 9-2-2021 12:39 PM
F4r4h s4lleh kah perempuan iteww
mieymiey replied at 9-2-2021 12:41 PM
Katanya Farah Hanis
ADVERTISEMENT