CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekalan Air Florida Cuba Diracun 'Hacker'

9-2-2021 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1990| Komen: 5

Penggodam yang tidak dikenali dilaporkan menceroboh sistem bekalan air di bandar Florida sebelum melepaskan bahan berbahaya yang didakwa berpotensi hingga 100 kali ganda, kata pegawai penguatkuasa tempatan, semalam.


Bagaimanapun, pencerobohan itu disedari dan berjaya dipatahkan sekali gus menyelamatkan penduduk bandar berkenaan.


Gambar hiasan

Sheriff Pinellas County Bob Gualtieri bagaimanapun berkata, ia membawa ancaman serangan siber yang lebih luas terhadap infrastruktur Amerika Syarikat (AS).

Kata Gualtieri, Jumaat lalu, seorang pengendali komputer untuk sistem rawatan air Oldsmar menyedari ada seseorang dari jauh mengakses kawalan kilang.

Beliau mendapati, penunjuk tetikus bergerak di antara beberapa fungsi untuk beberapa minit sebelum membuka alat kawalan bagi menambahkan natrium hidroksida ke dalam air.

Bahan kimia, juga dikenali sebagai alkali dan digunakan dalam pembersih saliran, ditambahkan dalam jumlah yang sangat kecil untuk mengawal keasidan dan mengeluarkan logam daripada dalam air sebelum disalurkan ke sistem perpaipan pengguna.


Menurut Gualtieri, penggodam meningkatkan tahap input daripada 100 bahagian kepada 11,100 bahagian per juta kali normal sebelum keluar daripada sistem.

"Ia jelas satu peningkatan yang besar dan berpotensi mendatangkan bahaya," katanya pada sidang media.

Gualtieri menjelaskan, pengguna air juga tidak terancam jika perbuatan penggodam itu tidak segera disedari berikutan ia memerlukan sekurang-kurangnya tempoh 24 jam untuk air dengan kadar natrium hidroksida tinggi untuk disalurkan kepada pengguna.

Katanya, mekanisme keselamatan akan segera mengawasi perubahan kualiti air.

Tambahnya, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Perkhidmatan Rahsia AS turut dipanggil bagi membantu siasatan, namun setakat ini tiada tangkapan suspek.

Menurut Gualtieri, pasukan penyiasat juga tidak mengetahui sama ada penggodam itu dari dalam atau luar AS serta punca Oldsmar menjadi sasaran.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 9-2-2021 04:46 PM
baik ko godam sistem bank lagi ada faedah

bongok

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote farhani87 9-2-2021 09:01 PM
stinger.baik: baik ko godam sistem bank lagi ada faedahbongokhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Hehe. Betul.
Quote ahmedtanna 19-3-2024 01:29 PM
If your purchases qualify, the https://qvccreditcard.shop/ may provide you with unique financing alternatives that let you pay for your purchases over time without incurring interest.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035373 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top