CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kesiannya, Ramai Ibu Hamil Kena Sakit Tulang Kemaluan

10-2-2021 12:15 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7713| Komen: 16|Original author: Oleh: Cari-Azza





Ibu mengandung memang hebat, terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang tempoh tersebut hinggalah saat kelahiran. Sakit, lenguh, loya, mengidam dan pelbagai lagi cabaran yang terpaksa ditempuhi membuatkan wanita sangat istimewa.

Namun, pernahkan anda mendengar tentang sakit tulang kemaluan yang terpaksa dihadapi wanita hamil?

Mungkin bunyinya agak kelakar bagi segelintir orang, namun ianya benar-benar berlaku.


Foto : FB

Netizen turut berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi sakit tulang kemaluan ini. Lebih dasyat kerana ada yang berlarutan walaupun setelah bersalin!



Foto : FB

Dalam artikel Asian Parent, sakit tulang kemaluan adalah normal bagi wanita hamil, terutamanya trimester ketiga. Bahasa saintifiknya ialah symphysis pubis diastasis (SPD) iaitu tekanan pada ligamen yang longgar akibat hormon relaxin.

Ibu hamil akan mengeluarkan hormon relaxin yang berfungsi melembutkan ligamen bagi memudahkan bayi ke laluan pangkal rahim saat bersalin nanti.

Tetapi, ada tubuh ibu yang tidak dapat menerima perubahan ligamen lembut ini, maka terjadilah SPD.

Foto : Asian Parent

Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasi rasa sakit itu, antaranya ialah duduk di atas bola gym dengan postur tegak selama 10 minit dan lakukannya dua hingga tiga kali sehari.

Selain itu boleh juga berendam dalam air suam, akupuntur dan juga berehat di katil sahaja.

Apa pun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. - CARI
3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 10-2-2021 12:36 PM
baru aku tau

mak2 buyung ada kelab peringkat kebangsaan di fesbuk

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote kuzaime 10-2-2021 12:44 PM
pernah kena, masa pregnant anak bongsu dulu. Mujurlah lepas bersalin xde dah rasa sakit tu. Kalau x jangankan kata nak duduk bangun, tengah2 berjalan pun rasa menyucuk2 aje
Quote Oroi8887 10-2-2021 12:51 PM
kuzaime replied at 10-2-2021 12:44 PM
pernah kena, masa pregnant anak bongsu dulu. Mujurlah lepas bersalin xde dah rasa sakit tu. ...

Ya allah mmg sakit. Lagi2 klu baring. Duduk or diri ok sikit
Quote Ain_h 11-2-2021 09:23 AM
Baru tahu thanks
Quote Boboyottt 14-3-2021 11:48 AM
Sakitt uii
Quote Surfnsun 15-3-2021 07:22 PM
Uishh baru tahu jgk
Quote Aylaalaa 18-3-2021 11:55 PM
Walaupun sakit... tapi tak pernah serik nak pregnant lagi{:sing
Quote oness 31-3-2021 08:12 PM
Terima kasih infonya. Rasa masa mengandung kembar dulu
Quote akies 1-4-2021 12:19 AM
Ngilu pula dengarnya.
Alhamdulillah masa pregnant dulu sihat walafiat.
Cuma bengkak kaki dan urat timbul je
Quote NiaClarabel 1-4-2021 03:06 PM
pregnant semua anak pun kena ni.
Quote Rionne 28-4-2021 06:58 PM
Great and very informative post, thanks a lot for sharing!
Quote smurfetz 4-5-2021 01:38 PM
eeii sakit gila.. dari 5 bulan dah kena untuk semua anak.  lepas beranak pun sakit, dr kata sebab tulang tu nak rapat balik

kawan2 semua heran apasal le teruk sangat nak bangun dari kerusi/ keluar dari kereta.. amik masa
Quote mijot 13-5-2021 05:45 AM
masa mengandung anak pertama kena nak dekat2 bersalin...
ni tgh mengandung anak no 2, dari minggu ke10 dah rasa sakit...
buat semua rasa sakit...baring jer baru tak rasa sakit..
dah taya doktor, doktor kata normal..baby nak membesar...
kalau keluar darah, terus g sepital...alahai jauh lg perjalanan nak bersalin ni
Quote lurve82 10-10-2021 05:12 PM
Aku kena last week masa 36 minggu..sakit dia smpi skrg ya robbi…xleh bwk bincg..
Quote Manamana19 22-10-2021 07:34 PM
2 kali mengandung 2 kali pernah experience tapi yang first time paling teruk.2 bulan duduk jer tak leh bediri.Kalau bediri sakit yg amat.Nak baring sakit nak bediri sakit serba x kena.Memang menangis.Nasib baik ada kerusi malas ikea.Kerusi tu laa penyelamat.Tempat duduk and tidur sampai selamat deliver.

Even skrg dh x mengandung tp rs mcm ngilu2 ade lg.Tapi mild je la.Mungkin sbb perasaan jer atau mungkin sbb trauma.Tatau nak describe mcm mana.
Quote makadek 16-11-2021 09:22 PM
Pernah kena tp tk teruk

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.080470 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top