Umum mengetahui yang setiap parti politik mempunyai pasukan media mereka sendiri, termasuklah pihak kerajaan. Ianya adalah untuk menyampaikan dasar-dasar mereka kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, ada isu yang memalukan berlaku di halaman Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri dihantar, yang memberi komen memuji adalah akaun PM juga. Ianya membuatkan warganet mengusik atau menyindir mengenai kemungkinan pengendali akaun PM terlupa menukar profil. Lebih mengejutkan apabila akaun Facebook, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi juga dikhabarkan telah memberi komen negatif untuk status tersebut. Ada juga warganet yang mengesahkan perkara itu, bahawa pertanyaannya di ruangan komen dipadamkan. Kenapa pula begitu? Rupa-rupanya mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir pun ada cyber tropper juga ya sampai lupa tukar akaun? Ianya menjadi bahan jenaka dalam kalangan warganet. Tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana ia asam garam dunia politik. Tetapi, kena cermat lah ketika membuat kenyataan, kan? - CARI |
annehuda replied at 10-2-2021 04:45 PM
tapi takleh lawan yang twitter rasmi tun m follow perempuan seksi tu
annehuda replied at 10-2-2021 04:45 PM
tapi takleh lawan yang twitter rasmi tun m follow perempuan seksi tu
ADVERTISEMENT