KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat tiada lagi keperluan untuk kerajaan menyambung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebaliknya, negara perlu beralih kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). "Tukar sahaja kepada PKPB + larangan rentas negeri untuk urusan bukan komersial. Hentikan juga segala road-block dalam bandar sebab ia akan sangat susah untuk PDRM mengawal setelah hampir semua jenis perniagaan sambung beroperasi," katanya melalui satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa. Jelasnya, tiada lagi makna untuk melaksanakan PKP kerana hampir semua jenis perniagaan dibenarkan beroperasi semula.
"Oleh sebab dine-in dan hampir semua jenis perniagaan boleh sambung beroperasi maka tiada lagi perlu untuk sambung PKP ini. "Dine-in, kedai pakaian, kedai permainan, kedai perabot, kedai gunting rambut, pasar malam, kedai solek, kedai bunga dan hampir semua boleh diteruskan sebab semua maklum bahawa covid hanya berbahaya dalam parlimen. Tiada lagi makna untuk PKP," ujarnya lagi. Malah, Najib memberi andaian negara mungkin jadi satu-satunya negara yang melaksanakan 'lockdown' hanya pada nama, tetapi tidak pada maksud sebenarnya. "Jangan Malaysia jadi satu-satunya negara dalam dunia di mana lock-down sebenarnya bermaksud all open", katanya lagi. Loading FB Post... Sumber : Astro Awani |
antiQue replied at 10-2-2021 05:56 AM
Err... sebenarnya apa keperluan utk benarkan dine in ni? Kalau tapau tak kenyang ke?
antiQue replied at 10-2-2021 05:56 AM
Err... sebenarnya apa keperluan utk benarkan dine in ni? Kalau tapau tak kenyang ke?
Normabaru replied at 10-2-2021 06:50 AM
Najib ni sgt evil bila bkuasa.. Dah xde kuasa reti plak jadi waras and compassionate
Malangla ac ...
shida81 replied at 10-2-2021 07:58 AM
Bsingla...mase lockdown memekak plak ekonomi jatuh rakyat x de kj... Mmg la da jd pembnagkang x yah ...
Innrukia replied at 10-2-2021 08:00 AM
Umno dlm kerajaan tp najib buat mcm dia dlm parti pembangkang...
antiQue replied at 10-2-2021 05:56 AM
Err... sebenarnya apa keperluan utk benarkan dine in ni? Kalau tapau tak kenyang ke?
Radzor replied at 10-2-2021 05:37 AM
dey bijan... mco movement control order bukan lockdown. bila masa lockdown. buat lawak hambar la her ...
badaksumbu replied at 10-2-2021 06:55 AM
seevil2 najib, byk je yg dia buat utk rakyat masa dia jd pm.
ADVERTISEMENT