Pelakon Nabila Huda mengimbau kenangan kali pertama dia menceburi bidang lakonan ketika membintangi filem Blok 404 yang ditayangkan pada sekitar tahun 2004.
Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berkata, ketika itu dia hanya menerima bayaran sebanyak RM600 termasuklah perlu mengikuti sesi jelajah satu Malaysia bagi mempromosikan filem tersebut. Biarpun lakonannya dikritik teruk namun aktres berusia 36 tahun ini bersyukur dapat bergandingan dengan pelakon Zamarul Hisham buat pertama kali dan menimba ilmu dengan pengarah filem tersebut iaitu Silver Chong. "Bayaran RM600 termasuk dengan jelajah satu Malaysia macam promosi filem. Murah bukan? Kena kencing mungkin. BBNU kan. Pengarah pertama yang mengarah Abil adalah Uncle Silver Chong.
"Mulut dia jangan cakap la, maki dan menjerit sampai nak keluar anak tekak saja setiap masa! Tapi hati dia baik dan dia banyak ajar Abil. Sampai bila-bila pun Abil takkan lupa dia. "Abil harap dia dalam keadaan baik sekarang. Rindu dia. Masa inilah Abil dan my abang Zamarul dapat digandingkan untuk pertama kali dan tak silap saya, ia kali pertama juga buat dia. "Masa hari pertama penggambaran dah kena maki ini pelakon apa ini berlakon kayu, mana jumpa ini, dan makian bertubi-tubi sampai kita menangis la," kata Nabila.
|
Temenung replied at 10-2-2021 11:15 AM
Iols layan gak dulu citer2 dr vcd ni.tp kalo tnya skarang memang x ingat dah.yg ingat blok 404 ni dg ...
Orix replied at 10-2-2021 08:03 PM
Pulau inspirasi.... hahaha.. lawa fiza elite ms tu
ADVERTISEMENT