Penduduk di Nusa Tenggara Timur (NTT) Timor Tengah Selatan (TTS) terkejut dengan kehilangan jenazah pesakit Covid-19. Jenazah dimaklumkan hilang setelah tiga hari dikebumikan di tanah perkuburan awam Covid-19 di Oebaki, daerah TTS pada Isnin lalu, lapor Tribunnews.
Ketua Daerah TTS, Egusem Piether Tahun berkata, maklumat itu disampaikan oleh rakannya. Katanya, ketika melakukan pemeriksaan di lokasi, ternyata keadaan tanah kubur itu berubah tidak seperti asal. "Saya sangat marah kerana mayat Covid-19 sudah tiada dalam liang lahad. Saya anggap kejadian itu sebagai kecurian kerana tiada pemberitahuan. "Jenazah ini dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab malah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya. Beliau juga meminta polis melakukan siasatan berhubung kejadian itu termasuk memanggil keluarga berkenaan untuk disoal siasat.
Ketua Polis Timor Tengah, AKBP Andre Librian memaklumkan, keluarga tersebut telah meminta izin untuk membawa jenazah sebelum hari kejadian. "Permintaan itu disampaikan secara lisan oleh salah seorang anak kepada polis, pada Khamis. "Namun, polis menolak permohonan pemindahan jenazah itu kerana berdasarkan sijil dari Hospital Umum Wilayah So'e, si mati positif Covid-19," kata Andre. Bagaimanapun, polis akan memanggil keluarga berkenaan untuk siasatan lanjut. Sumber: Sinar Harian |
dudaberhias: baca tribunnews tu je untuk tahu dari mana... nama tempat tak perlu tahu....
ADVERTISEMENT