CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terpalit Kes Mahkamah, Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik

10-2-2021 08:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11063| Komen: 73

Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil serta Boy Iman telah ditarik balik berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pendaftar Darjah, Setiausaha Kerajaan Pahang, kedua-dua selebriti itu tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.




Farid dan Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman A Rahman juga perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Istana Pahang mengurniakan darjah berkenaan bergelar Datuk kepada Farid pada 16 Disember 2017 manakala Boy Iman pada 24 Mei tahun sama.

Kedua-dua gelaran selebriti ini ditarik balik dipercayai disebabkan kedua-duanya pernah mempunyai kes mahkamah.

Boy Iman diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2020 berikutan kegagalan melunaskan tuntutan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Pada 2017, Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties bersama tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources direman enam kali bagi membantu siasatan membabitkan penipuan jualan rumah bernilai RM6.8 juta.

Mereka pernah direman di balai polis Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani, Kubang Pasu, Kedah dan Kangar, Perlis.

Sementara itu, Farid dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-2-2021 06:31 PM
Datuk belon
Quote exclusive_vvip 10-2-2021 06:34 PM
lupa plak Farid Kamil ni ada dpt Datuk..
Quote MontanaHannah 10-2-2021 06:37 PM
Hidup xde dapat tittle apa-apa lebih memudahkan jalanan kita di dunia yang fana ini ,berbanding terpaksa membawa gelaran dan mesti behave selari dengan tittle yang dibawa.


Penat .
Quote R2D2 10-2-2021 06:41 PM
lepas ni panggil Encik ja la
Quote nikaido 10-2-2021 06:45 PM
Dulu masa boy iman ni dapat Datuk, ramai xpercaya. Takkanla boy ni sesaje petik sultan pahang kasi Datuk dkt dia
Quote stinger.baik 10-2-2021 06:55 PM
padan muka

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote susukambingbest 10-2-2021 07:00 PM
Dulu korng mngejek2 belon trima dato depan pntu pagar istana n skdr brgmbar dgn gambar sultan di dinding, rupanya betul dato beli dia tu kesian mat dadah n si belon ni kena lucut jwatan. Bini dia xmerasa la nk brdatin2 lg Tu la xlayak dpt dato, sbuk nk brdato2 gak. Hrp bnyk lg dato2 beli yg xde kualiti dilucutkn jwtan.
Quote Cenderakirana9 10-2-2021 07:03 PM
Moga ramai lagi yang tak layak akan ditarik balik
Quote PEPPERMAN 10-2-2021 07:06 PM
Kepada Kosmo plak, sila tarik gelaran "pelakon sensasi" tu.
Celah mana sensasinya boyiman tu
Quote biskut_milo 10-2-2021 07:10 PM
Encik Belon.
Quote susukambingbest 10-2-2021 07:13 PM
Tgok parid dah ada up kat ig heol. Baru 13 minit yg lpas.
Quote babynina30 10-2-2021 07:24 PM
Duit refund ke tak?
Quote babynina30 10-2-2021 07:25 PM
Reasontak jelaz?
Quote gekkou 10-2-2021 07:34 PM
dua2 ada kes polis kot
sebab tu tarik balik

aku lebih tertarik nama Tran Thi Mai @ Maimunah
chinese? thailand?
Quote arareez 10-2-2021 07:40 PM
gekkou replied at 10-2-2021 07:34 PM
dua2 ada kes polis kot
sebab tu tarik balik


Vietnam pun boleh
Quote haruslah 10-2-2021 07:40 PM
Lg 3org tu kes ape
Kes datuk lempang anak vip tu bla.nak tarik blk?
Quote glump 10-2-2021 07:44 PM
Melambak dapat datuk dari negeri ni..kawan I yg cuma biz spa pun dapat datuk dari negeri nie.
Quote anony-mous 10-2-2021 07:45 PM
Hrap lepas ni tarik balik ramai2, pulangkan duit2 tu ramai xlayak. FK tu dah la banduan tiba2 dpt dato
Quote mamajawie 10-2-2021 08:18 PM
Lorhhh, ingatkan pingat tepi pagar tu memain rupanya btul..bgus la kne tarik blik Dato' si Belon n Mat Dadih ni

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.041211 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top