Seorang biarawati Perancis yang merupakan warga emas tertua di Eropah dilaporkan selamat dari jangkitan COVID-19 beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke-117. Lucile Randon yang juga dikenali sebagai Sister Andre disahkan positif COVID-19 pada 16 Januari lalu tetapi tidak mengalami sebarang gejala. Menurut BBC, Lucile menjalani kuarantin di rumah persaraannya di Toulon, selatan Perancis tetapi kini dianggap pulih sepenuhnya. Dia akan menyambut hari jadi ke-117 Khamis ini. Dia yang juga buta dan menggunakan kerusi roda itu bakal menyambut hari lahirnya pada Khamis ini.
“Dia sangat bertuah,” kata jurucakap rumah persaraan Sainte Catherine Labouré, David Tavella. David juga berkata bahawa Lucile tidak takut akan virus tersebut sebaliknya di sangat prihatin terhadap penduduk yang lain. Lucile dilahirkan pada 11 Februari 1904. Selain menjadi orang tertua di Eropah, dia juga merupakan orang kedua tertua yang masih hidup di dunia. Sumber: BBC/SK |
ADVERTISEMENT