Hanya kerana kerap meminta wang untuk persiapan perayaan tahun baharu Vietnam, seorang wanita maut dipukul suaminya sendiri. Memetik portal eva.vn, Nguyen Thi L, 24, dipukul menggunakan sebatang buluh oleh suaminya, Bu Van N, 40, pada pagi 7 Februari lalu.
Menurut saksi, pasangan itu dilihat bertengkar kerana mangsa meminta wang untuk persiapan sambutan Perayaan Tet. Akibat tidak tahan didesak isterinya berkali-kali, lelaki itu memukul belakang leher Nguyen menggunakan buluh sampai mati. Nguyen ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di lantai dapur oleh bapanya, yang pulang ke rumah itu bagi mengambil barang. Sementara itu, suspek yang melarikan diri berjaya ditahan pihak berkuasa daerah Yen Lac. Polis berkata, pasangan itu menetap di rumah ibu Nguyen selepas mereka berkahwin.
Katanya, suspek tiada pekerjaan tetap manakala suri rumah itu menjaga tiga anak perempuan mereka dengan yang paling kecil berusia tiga bulan. Sumber: Harian Metro |
Artemesiaa replied at 11-2-2021 10:25 AM
Mana2 bangsa sama je bila nak dekat musim perayaan ada je kes macam ni tak cedera pasti hilang nyawa
Buritan replied at 11-2-2021 04:43 PM
Ontahhh.. aku ni mintak dgn laki aku mkn jee.. kusi meja langsir pinggan mfkuk aku who are yusskan ...
becir replied at 11-2-2021 06:28 PM
Sis burit rumah style cam apek ahsoh Ka, ruang tamu cuma Ada kusi ngan TV je..karpet pasu Bunga se ...
ADVERTISEMENT