CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19 di Malaysia diramal teruk, 20,000 kes harian pada Mac Nanti

12-2-2021 01:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11047| Komen: 97



SHAH ALAM - Kes Covid-19 di Malaysia diramalkan meningkat sehingga 20,000 jangkitan setiap hari bermula 3 Mac tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 20,000 jangkitan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menurunkan angka jangkitan yang diramalkan.

"Mari kita tunjukkan bahawa kita dapat menurunkan angka yang diramalkan oleh IHME seperti yang kita lakukan dengan ramalan JP Morgan untuk pertengahan April 2020.

"Mari kita bersatu dalam menewaskan virus ini dan mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri kita, terus fokus untuk memerangi perang ini dan melakukan yang terbaik untuk negara.


"Bersama-sama kita rakyat Malaysia dapat wujudkan yang mustahil dan lindungi orang yang lemah dan tersayang," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Khamis.

Pada April 2020, agensi penyelidikan JP Morgan meramalkan angka positif Covid-19 di Malaysia mengunjur meningkat kepada 6,300 kes pada pertengahan bulan itu.

Bagaimanapun, jangkaan itu ternyata meleset apabila hanya sekitar 4,000 kes dicatatkan di Malaysia pada bulan itu.


Sumber: Sinar Harian
2

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • algiggs

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 12-2-2021 01:29 AM
Tan Sri serulah kpd ahli-ahli politik,menteri sebab mrk semua yg bermasalah untuk patuh SOP.

Kami rakyat biasa yg di sekat pergerakan dengan segala PKP serta PKP kepala butoh tetaplah rakyat patuh walaupun benci .

AKu ramal dlm bulan Mei ,DG Hisham akan resign.
Quote cmf_almondpecan 12-2-2021 01:46 AM
Kalau setiap perayaan dilonggarkan PKP haruslah naik angka jangkitan.
Quote LadyCarefree 12-2-2021 03:17 AM
Selagi tak buat total proper strict lockdown memang tak turun laaaaaa
Quote aechae 12-2-2021 05:54 AM
Haritu ramal 8k je...dh naik plak sekarang
Nk tggu ke vaksin bercinta, so mmg biar ramai2 dijangkiti ada antibodi sndri jelah ye?
Jaga diri semua.
Quote noor2 12-2-2021 06:17 AM
Tiada siapa yg boleh meramal masa depan
Quote dua_chzy 12-2-2021 06:22 AM
Mai God kalau betul, bersedia la kita.
Quote zehra2 12-2-2021 06:26 AM
tunggu kluster spm la kot...
exam 22 feb sampai  25 mac .. sekolah ku. paper last subjek tasawaur islam & sains komputer
Quote otai_g 12-2-2021 07:54 AM
Kejap kt makin baik, kejap kata makin buruk. Dg pun da ckp serupa new delhi punya org.
Quote spankee_fili 12-2-2021 08:00 AM
20k tu macam over estimated jekkk
Quote axl_bach 12-2-2021 08:59 AM
otai_g replied at 12-2-2021 07:54 AM
Kejap kt makin baik, kejap kata makin buruk. Dg pun da ckp serupa new delhi punya org.

Dia quote unjuran pihak luar jer, dan dia ajak kita sama2 pastikan unjuran tu meleset
Quote Decaffeinated 12-2-2021 09:06 AM
Negara maju dah lalui pun angka puluh2 ribu ni dan sekarang trend menurun. Yang kata flatten the curve tu sebenarnya delay the peak sahaja. Sooner or later tetap kena tempuh jua.

Nanti tengok negara maju macam China dah berjimba kita masih terhegeh2.
Quote caprut 12-2-2021 09:08 AM
Decaffeinated replied at 12-2-2021 09:06 AM
Negara maju dah lalui pun angka puluh2 ribu ni dan sekarang trend menurun. Yang kata flatten the cur ...

Setuju, sooner or later mmg akan ramai yg kena covid pon
Quote notM 12-2-2021 09:08 AM
Memang kes akan naik sebab SPM belum buat lagi...

Quote notM 12-2-2021 09:12 AM
otai_g replied at 12-2-2021 07:54 AM
Kejap kt makin baik, kejap kata makin buruk. Dg pun da ckp serupa new delhi punya org.


Kannn...aritu kata kuarantin 10 Hari, 3 Hari.

Hari ni cakap kes Makin buruk....memang la Makin worsen from teribble decisions.
Quote Artemesiaa 12-2-2021 09:17 AM
Masaalahnya sekarang makin ramai dah tak ambil peduli jumlah2 tu lagi dah sebab dah terlalu lama dalam pkp pkpb pkpd pkpp dari tahun lepas.  Ramai sekadar lihat dan teruskan je hidup sekarang ni malas nak ambil tahu.  Kewangan mereka pun makin lama makin menyesak jadi mereka terpaksa memilih antara berkurung atau keluar bekerja.  Berkurung pun boleh mati tak makan nak tanggung perbelanjaan harian hutang etc. Keluar bekerja walau tahu ianya berisiko tapi terpaksa juga dilalui sebab kalau tak siapa nak bagi makan tolong bayarkan segala mala hutang dan tanggungan terhadap diri dan keluarga.
Quote Manjahati 12-2-2021 09:28 AM
Berapa naik pun dh mls nk ambil tau..x larat dah..yg penting jg fmly n kita sendiri. Ikut sop.jgn suka suki kluar umah
Quote mamajawie 12-2-2021 09:37 AM
Lain kali jangan buat ramalan..sbab aku syak stiap kali buat ramalan dorang cm nk ikut target ramalan tu plak..so pasni asal buat swab test je positif covid..caya la ckap aku..{:nose{:nose
Quote Tinot7 12-2-2021 10:05 AM
Iols pasrah je..
Quote ufc148 12-2-2021 12:04 PM
otai_g: Kejap kt makin baik, kejap kata makin buruk. Dg pun da ckp serupa new delhi punya org.

Apa punya ramalan... cer tanya org indon yg konon ramal kapal terbang sriwijaya terhempas tu

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038185 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top