CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Populasi penduduk Malaysia sudah cecah 32.73 juta, lelaki melebihi wanita

12-2-2021 01:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7417| Komen: 92




PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia dianggarkan 32.73 juta orang pada suku keempat 2020, meningkat 0.4 peratus daripada 32.59 juta pada tempoh sama 2019, demikian menurut laporan Perangkaan Demografi.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengulas mengenai laporan perangkaan itu berkata jumlah penduduk itu merangkumi 29.85 juta orang (91.2 peratus) warganegara dan 2.87 juta orang (8.8%) bukan warganegara.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.83 juta dan 15.90 juta.

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) pada suku tahun keempat 2020 menurun daripada 7.63 juta pada suku tahun keempat 2019 kepada 7.57 juta.


Katanya, sejumlah 468,975 kelahiran hidup direkodkan pada 2020 dan daripada jumlah itu, sebanyak 121,251 direkodkan pada suku tahun keempat 2020, iaitu menurun sebanyak 2.5 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 dengan 124,384 kelahiran.

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.24 juta kepada 2.34 juta bagi tempoh yang sama.

“Trend ini adalah selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk” katanya.

Keseluruhan 174,313 kematian direkodkan pada 2020 dengan 44,390 kematian direkodkan bagi suku tahun keempat 2020, menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 iaitu 44,566 kematian.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 10-2-2021 02:31 PM
sbb tu jngn buat anak tak sah taraf

nanti negara overpopulation

pluang pekerjaan lak tak cukup

acik2 gomen tua nak mampus pemalas jaga kaunter pun tak sanggup nk pencen lg

anak2 lom perabis dikawenkn lagi

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Tinot7 10-2-2021 02:31 PM
Baper lelaki dan baper pompan?
Quote R2D2 10-2-2021 02:36 PM
Quote R2D2 10-2-2021 05:06 PM
Populasi penduduk Malaysia kini 32.73 juta
Februari 10, 2021 @ 4:53pm

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia dianggarkan 32.73 juta orang pada suku keempat 2020, meningkat 0.4 peratus daripada 32.59 juta pada tempoh sama 2019, demikian menurut laporan Perangkaan Demografi.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengulas mengenai laporan perangkaan itu berkata jumlah penduduk itu merangkumi 29.85 juta orang (91.2 peratus) warganegara dan 2.87 juta orang (8.8%) bukan warganegara.

Dalam kenyataan di sini, hari ini, beliau berkata penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.83 juta dan 15.90 juta.

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) pada suku tahun keempat 2020 menurun daripada 7.63 juta pada suku tahun keempat 2019 kepada 7.57 juta.

Katanya, sejumlah 468,975 kelahiran hidup direkodkan pada 2020 dan daripada jumlah itu, sebanyak 121,251 direkodkan pada suku tahun keempat 2020, iaitu menurun sebanyak 2.5 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 dengan 124,384 kelahiran.

Mohd Uzir berkata, penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.24 juta kepada 2.34 juta bagi tempoh sama.

"Trend ini selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk" katanya.

Keseluruhan 174,313 kematian direkodkan pada 2020 dengan 44,390 kematian direkodkan bagi suku tahun keempat 2020, menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 iaitu 44,566 kematian.– BERNAMA
Quote kakikuDibibirmu 10-2-2021 05:10 PM
Dulu sukan Komanwel 1998, raykat Malaysia 28 juta orang, dah 23 tahun berlalu raykat Malaysia naik 4 juta jah, sah banyak yang mandul serta andartu
Quote notM 10-2-2021 05:13 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2021 05:10 PM
Dulu sukan Komanwel 1998, raykat Malaysia 28 juta orang, dah 23 tahun berlalu raykat Malaysia naik 4 ...

20 tahun Naik 1 juta je lah.....3 juta lagi tu warga asing
Quote kakikuDibibirmu 10-2-2021 05:18 PM
Dalam zaman covid yang serba mencabar ini, kejaraan hendaklah memudahkan lagi syarat untuk berpoligami, baharu raykat bertambah banyak
Quote caprut 10-2-2021 05:21 PM
stinger.baik replied at 10-2-2021 02:31 PM
sbb tu jngn buat anak tak sah taraf

nanti negara overpopulation

Aku rasa dlm tempoh 5 tahun peluang pekerjaan susah gile dkt malaysia. Tk kisah la kjer gomen or swasta
Quote kakikuDibibirmu 10-2-2021 05:23 PM
Indon jongos yang caprut tu pun nak 300 juta dah, sama banyak macam USA
Quote Skuau 10-2-2021 05:24 PM
"kita bukan Malaysian ka...sana Langkawi kampung"-Rohingya.
Quote stinger.baik 10-2-2021 05:36 PM
caprut replied at 10-2-2021 05:21 PM
Aku rasa dlm tempoh 5 tahun peluang pekerjaan susah gile dkt malaysia. Tk kisah la kjer gomen or s ...

ckp je kat bdk2 tu keje la pape

senang

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote MontanaHannah 10-2-2021 05:50 PM
stinger.baik replied at 10-2-2021 02:31 PM
sbb tu jngn buat anak tak sah taraf

nanti negara overpopulation

Tak kan awex ko ,Rina xboleh wujudkan peluang pekerjaan ???

ke dia dha penat layan ko ber round round ,dah mcm merry go round ....


muahahahahahhahahahah.............
Quote stinger.baik 10-2-2021 05:58 PM
MontanaHannah replied at 10-2-2021 05:50 PM
Tak kan awex ko ,Rina xboleh wujudkan peluang pekerjaan ???

ke dia dha penat layan ko ber round ...

tengkorak ko la gila
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote angelofish 10-2-2021 06:07 PM
tak percaya la ai pendatang asing sikit macam tu.
Quote MontanaHannah 10-2-2021 06:24 PM
stinger.baik replied at 10-2-2021 05:58 PM
tengkorak ko la gila
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

seronok lah tu..............
Quote JunkMail 10-2-2021 06:30 PM
Kan...

Bangla je dah sejuta.. Indon lagi ramai dari Bangla. Rohingya lagi.. Nepalese, Chinese tanah besar.. hujung2 kata 2.87 juta je. Sikit pun aku tak percaya.
Quote FOTHER-MUCKER 10-2-2021 07:43 PM
Jikalau boleh biar bawah 30juta.
Quote jas7512 10-2-2021 08:42 PM
Population byk sgt tapi x menyumbang pada ekonomi pun x guna juga and yg penting bg msia ni bkn bykkan rakyat ke..increase gaji ke etc tapi kos sara hidup tolonglah bg rendah ckit..barangan semua dlm msia tapi harga kdg2 tu melampau2..x munasabah
Quote dizekni 10-2-2021 08:58 PM
Moga cepat sikit Melayu cecah 80%

kembalikan kegemilangan Tanah Melayu

ini tanahair kita

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.040124 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top