"Sebenarnya bukan merajuk dengan industri, tahun 2001, 2002 tu habiskan study dan buat bisnes F&B." "Keranamu Kekasih" antara lagu popular awal tahun 2000 yang masih evergreen hingga sekarang. Namun penyanyinya, Illa Sabry, 42 menyepi membuatkan ramai yang tertanya-tanya kerana hilang ketika berada di kemuncak karier. Bagaimanapun, portal Mstar berjaya menjejaki penyanyi OST Gerak Khas The Movie itu di sebuah Restoran di Selayang. "Ada peminat lagi ke? Kalau masih ada, Kak Ila nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana masih merindui dan mengingati." Menurut Illa lagi, 20 tahun yang lalu, dia masih muda, masih belajar dan juga tidak begitu serasi dengan dunia glamor. "Akak tak berapa rasi sangat dengan dunia glamor, dunia kemashyuran macam tu, yang akak suka low profile, buat kerja belakang, dengan family. Bukan merajuk ke apa tapi sebenarnya suka macam ni, selesa orang tak kenal sangat dan happy dengan privacy ni." Tambahnya lagi, kehilangannya bukan kerana tidak boleh menangani gossip kerana pengalaman sebagai artis memang menyeronokkan tetapi dia selesa dengan dunianya di belakang tabir. "Syukur orang masih ingat, tapi memang tak lah kot nak sambung semula karier nyanyian. Sebab dah penceh dah." Di akhir video, Illa diminta mendendangkan lagu yang mempopularkan dirinya dan ternyata suaranya masih sama seperti dahulu. Semoga terus sukses ya Illa Sabry. - CARI |
tagas replied at 13-2-2021 12:50 PM
Gundu dah
Pernah involved jg dlm filem gerak khas
dedek12 replied at 13-2-2021 01:06 PM
Tak kenal pun makcik ni hakhak
dedek12 replied at 13-2-2021 01:06 PM
Tak kenal pun makcik ni hakhak
fadz84 replied at 13-2-2021 03:59 PM
Ada satu lagi single yg agak popular Saat Bahagia duet ngn Zamani Slam. Btw lagu Keranamu Kekasih tu ...
ADVERTISEMENT