CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tidak pernah mandi selama 38 tahun dinobatkan sebagai antara lelaki terbusuk di dunia

15-2-2021 12:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2946| Komen: 10




MAMPUKAH anda bayangkan kehidupan selama 38 tahun tanpa mandi waima sekalipun? Jika sehari atau paling lama pun setidak tidaknya tiga hari, ia mungkin boleh diterima oleh sesetengah orang. Itu pun jika keadaan memaksa seperti berada di dalam hutan atau berlakunya bencana alam.

Tetapi apa yang pasti ia bakal menimbulkan gatal-gatal dan tentu nya bau badan yang tidak sedap, sehingga merasa tidak selesa. Namun, itu semua tidak menjadi masalah buat Kailash Singh, lelaki yang berusia 66 tahun.

Berasal daripada India, lelaki yang bekerja sebagai petani ini tidak pernah mandi selama hampir separuh daripada umurnya. Disebabkan tabiat atau kepelikannya itu, Kailash telah dinobatkan sebagai antara lelaki terbusuk di dunia.

Tetapi bukan hanya itu sahaja. Selain tidak mandi, Kailash juga tidak pernah memotong rambut, kuku, atau apa sahaja yang berkaitan dengan kebersihan dirinya. Sehingga ke saat ini, rambut Kailash telah mencecah sehingga enam kaki ataupun 1.8 meter.

Dikisahkan, sejak dari tahun 1974 lagi, Kailash tidak pernah mandi dan mencuci dirinya. Walau bagai manapun, istimewanya dia tetap mempunyai sebuah keluarga yang harmoni. Dia memiliki tujuh orang anak perempuan hasil perkahwinan dengan isterinya, Kalavati Devi.



Ujar Devi Kailash tidak lagi mandi selepas mereka berdua berkahwin. Pada mulanya dia begitu pelik dengan perilaku suaminya itu. Tetapi tidak bertanya lanjut kerana bimbang akan dimarahi. Namun, apabila dia melihat hampir setiap hari Kailash tidak membersihkan diri, Devi mula tidak senang dengan tabiat suaminya.

Lantaran itu, dia dan tujuh orang anak perempuannya telah mencuba pelbagai cara untuk memaksa Kailash membersihkan diri. Antaranya, anak anak tidak mahu mendekati ayah mereka dan setiap kali Kailash tidur di sebelah Devi, dia akan menolak suaminya itu sehingga pernah jatuh daripada katil.




Namun usaha mereka hanya sia-sia malah kadang kala paksaan itu berakhir dengan pergaduhan. Disebabkan keadaan ini penduduk yang tinggal berhampiran dengan mereka berasa tidak selesa dengan bau badannya dan sering mengadu kepada Devi dan anak-anaknya. 

Tambahan pula, selain bekerja sebagai petani, Kailash juga bekerja sebagai penggembala lembu yang memerlukannya berjemur di bawah sinaran matahari yang hampir mencecah 47 darjah Celsius setiap hari.


Walaupun Kailash menyedari ramai yang tidak senang dengan perangai peliknya itu, tetapi dia tetap berkeras tidak mahu mandi. Soalnya, apakah penyebab utama Kailash tidak mahu mandi atau membersihkan dirinya sehingga hampir 38 tahun?

Setelah diselidiki oleh isteri dan beberapa orang teman rapat, maka diketahuilah penyebab kepada situasi ini. Rupa-rupanya Kailash melakukan semua ini kerana keinginan untuk memiliki anak lelaki.

Amalan tidak membersihkan diri selepas berkahwin ini adalah jaminan oleh ketua agamanya yang dia bakal memiliki cahaya mata lelaki.

Berdasarkan kepercayaan agama yang dianutinya itu, Kailash sebenarnya mempunyai cara mandi yang tersendiri. Setiap malam, dia akan mengelilingi unggun api dan menari menari sambil berdoa. Ritual 'mandi api' ini dipercayai dapat membersihkan dirinya daripada sebarang kekotoran dan menjadikannya 'suci. 



Dengan cara ini, dia yakin lebih mudah untuk mendapatkan anak lelaki. Selagi tidak mempunyai anak lelaki, dia tidak akan mandi. Menurut anak bongsu kepada pasangan ini, Pooja, bapanya itu sering menjadi perhatian rakan-rakan sekolahnya. Hampir setiap hari rakan-rakan nya akan mengunjungi rumah mereka semata-mata untuk melihat bapanya. 

Pada mulanya dia begitu marah, namun akhirnya mereka sekeluarga terpaksa akur dengan kehendak Kailash yang tidak mendengar nasihat sesiapa pun dan ia berterusan sehingga kini dan sehingga ke hari ini, Kailash masih belum mempunyai anak lelaki. 


Sumber : jadita.com
3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 15-2-2021 12:35 AM
Mungkin sbb xmandi tu la xde gen Y melekat. Nway kuku dia elok je.. Xmcm apa y tt tulis. Hehehe
Quote Carcosa 15-2-2021 12:41 AM
Ahhh apa dehal. Diorang mandi tak mandi sama je, semua bau haring bawang pengit
Quote pistolairAbah 15-2-2021 02:32 AM
Normabaru replied at 15-2-2021 12:35 AM
Mungkin sbb xmandi tu la xde gen Y melekat. Nway kuku dia elok je.. Xmcm apa y tt tulis. Hehehe


kuku elok? sb kot. undercover

Quote Jemahjemah 15-2-2021 05:15 AM
Mcm mana la bau ny tu ye
Quote Belibis 15-2-2021 08:19 AM
pistolairAbah: kuku elok? sb kot. undercover

Amalan cuci tangan kan sop elak kobid.ha ha
Quote MisXoXo 15-2-2021 09:38 AM
Mcmna tdo dgn bini dia ni..euwwww
Quote sosimple 15-2-2021 01:46 PM
anak 7 juga x mandi pun
Quote pxlbb 15-2-2021 04:21 PM
Carcosa: Ahhh apa dehal. Diorang mandi tak mandi sama je, semua bau haring bawang pengit


Sekali angkat ketiak boleh kejung bulu hidung
Quote printercomel 15-2-2021 08:16 PM
Tak mandi sebab ajaran untuk dapat anak lelaki kene buat macam tu. Tapi 38 tahun nan hado semua anak perempuan jgk.

Kesian dia kene scam dengan berhala sendiri.
Quote azie5zoe 17-2-2021 12:05 PM
Maknanya lelaki yang dari Tehran, Amou Haji tu takdelah busuk sangat walaupun dah 65 tahun tak mandi.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.043186 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top