Memang ada dikalangan kita yang mempunyai hobi meredah hutan nak rasa kedinginan kanopi hutan hujan tropika. Namun, sedikit kealpaan akan membawa padah, diantaranya timbunan dedaun seperti ini : Kalau korang duk hiking ke masuk hutan ke , lepastu jumpa timbunan daun kering macam dalam gambar tu, janganlah pijak atau kacau , kemungkinan besar itu sarang king cobra , Dialah satu2nya ular yang akan buat sarang macam tu , Nak siapkan sarang dia tu makan 3-4 hari jugaklah nak siap. Saya rasa dialah ular paling rajin buat sarang untuk bertelur. Biasanya ular lain tak buat sarang.
Bila dah bertelur , dia akan mengeram dan melingkar pada telur2 dia , Biasanya dia akan stay kat sarang sekitar 2 bulan lebih untuk jaga telur2 dia, Sepanjang mengeram tu dia akan puasa dan jadi lebih aggressive. Bila telur dia nak menetas dalam seminggu dua , Dia akan tinggalkan sebab risau dia akan makan anak2 dia , Biasalah naluri pemakan ular king tu memang kuat, kena pulak dah berpuasa berbulan2. Kang anak2 dia dah menetas, Diorang akan survive sendiri tanpa jagaan mak dia , Kalau dia merayau pastu terjumpa pulak mak dia, Saya rasa memang kena ngap lah...So, lepasni beringatlah kalau terjumpa timbunan daun kering macam dalam gambar tu, Jangan gatal nak g kacau. Kredit : Pak cik Google/Jadita.com |
AyaqMeloSuam replied at 15-2-2021 01:38 AM
Ala comeynya yg gambar last tu.. kenit2 ja {:childlike
AyaqMeloSuam: Ala comeynya yg gambar last tu.. kenit2 ja {:childlike
salmon-suki: Japgi tido komfem mmpi{:cryrun
pistolairAbah replied at 15-2-2021 02:31 AM
nampak je comel tapi berbisa macam ular besar jugak
helicornia replied at 15-2-2021 06:42 AM
ya Allah aku nk muntah tengok ko bole rasa cute
ADVERTISEMENT