|
Penyanyi dan pelakon Mark Adam diumum sebagai penyampai baharu segmen Geng Pagi Hot (GPH), Hot FM bermula Isnin. Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.
"Kerjaya saya terus berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai di Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu saya galas. "Namun saya sedar peluang sebegini bukan datang selalu dan terus membuat keputusan untuk menyertai Hot FM. Peluang ini juga memberi ruang untuk saya mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru," katanya. Sementara itu, Mark berkata dia sedar mengenai kekurangannya bertutur dalam bahasa Melayu, namun tidak menjadikan ia sebagai halangan untuk menghiburkan pendengar.
Malah, dia mengakui teruja untuk memulakan tugas selepas menjalani sesi latihan bersama Fizie selama hampir sebulan. "Bahasa Melayu bukanlah bahasa pertama saya, jadi untuk bertutur dengan lancar sebagai penyampai radio merupakan satu cabaran buat saya tetapi saya juga melihat peluang di Hot FM ini adalah salah satu cara untuk memperbaiki bahasa pertuturan saya.
|
salmon-suki replied at 15-2-2021 12:27 PM
Brp lama dia duk malaysia? wife malaysian bcakap bahasa melayu, kawan2 malaysian bercakap bhs melayu ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.137194 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.