CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beberapa Kali Buncit Sebelum Kempis -9 Bulan Datang Haid, Tiba-Tiba Beranak

15-2-2021 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3625| Komen: 24

Description: Jakarta: Seorang wanita muda yang baru habis idah selepas empat bulan bercerai terkejut apabila melahirkan bayi perempuan selepas sejam disahkan mengandung.
Jakarta: Seorang wanita muda yang baru habis idah selepas empat bulan bercerai terkejut apabila melahirkan bayi perempuan selepas sejam disahkan mengandung.

Malah, Siti Jainah, 25, dari Kampung Gabungan Desa Sukapura, Cidaun, Cianjur di Jawa Barat yang mempunyai seorang anak mendakwa tidak merasai sebarang simptom ibu mengandung mahupun perubahan bentuk badan, malah turut datang haid seperti biasa setiap bulan.

Keadaan itu menyebabkan kampung berkenaan gempar dan situasi dialami wanita terbabit dianggap aneh serta penuh mistik, selain turut tular di media sosial, beberapa hari lalu.

Detiknews melaporkan kejadian itu bermula apabila Siti Jainah tiba-tiba sakit perut ketika bermain dengan anak sulungnya dan setengah jam kemudian, dia mendakwa perutnya membuncit beberapa kali sebelum kempis tidak lama kemudian.

Foto: Agensi


Dia juga mendakwa seperti ada angin yang menghembus ke arahnya ketika itu, sebelum perutnya memulas.

"Keluarga bimbang melihat keadaan saya, malah sebelum perut saya buncit, seperti ada (benda) yang masuk ke dalam rahim.

"Beberapa kali perut membuncit tetapi tidak lama, ia kempis. Kemudian sekitar 20 minit saya rasa memulas," katanya.

Menurutnya, keluarganya memanggil bidan untuk membuat pemeriksaan dan mereka dimaklumkan sudah sampai waktu untuk melahirkan anak.

Tidak lama selepas itu, Siti Jainah melahirkan bayi perempuan secara normal dan kedua-duanya sihat.

Wanita itu mengakui terkejut melahirkan bayi terbabit memandangkan selama sembilan bulan tidak merasai proses kehamilan, serta mengaku datang haid setiap bulan.

"Mungkin ini sudah takdir Allah SWT untuk saya. Yang penting saya dan bayi selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Kesihatan Awam Cidaun, H Eman Sulaeman berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat mengenai kelahiran itu, meskipun keadaan itu dianggap aneh.

Katanya, petugas kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan ibu dan bayi perempuan itu yang beratnya 2.9 kilogram. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 15-2-2021 11:52 AM
Mungkin bersama sebelum cerai kot.. susah nak percaya ekekeke..
Quote CiliPadiSedap 15-2-2021 11:53 AM
tak mustahil. cuma kalau berita daripada indonesia kena tapis dulu dengan wartawan mastika dan variasari mahupun siri bercakap dengan jin.
Quote salmon-suki 15-2-2021 12:14 PM
Pastu nak pggil ape tu?anak angin?
Quote Kurex 15-2-2021 12:17 PM
Hari tu pompuan indon jugak yg claim dapat anak tanpa seks. Skrg pompuan lain pulak. Indon indon.....
Quote Aerhys 15-2-2021 02:01 PM
Apalah. Cuba buat DNA test bayi tu dgn bekas suami.
Quote tikusmontok 15-2-2021 02:04 PM
Kes ke2 indon mengandung kena rape ngan angin
Quote Cari-Mod 15-2-2021 02:40 PM
angin masuk vagina ke dekk
Quote makadek 15-2-2021 02:59 PM
Apoooo pnya cerita laaa ...caprut btul
Quote kakakpositifker 15-2-2021 03:19 PM
tikusmontok replied at 15-2-2021 02:04 PM
Kes ke2 indon mengandung kena rape ngan angin

HAHAHAHAH.
Quote kakakpositifker 15-2-2021 03:20 PM
payah naw nak percaya cite indon ni. maaf
Quote me12345 15-2-2021 03:22 PM
Indon...sorry. cerita menipu..temberang..tahyul..ajaib, kurafat  semua depa win..
Quote sawi_bayam 15-2-2021 03:33 PM
ini perempuan yang sama dgn perempuan yg beranak sbb angin masuk vagina kah? hahahha
Quote cikdot 15-2-2021 05:15 PM
kalau ko bersama dgn ex-laki ko or mana2 laki la within the past 9 months, takyah la buat pelik2 sangat. kalau tak sedar kena rogol ke apa maybe la musykil sikit. but still buatan org and bukan buatan angin ke apa huhu
Quote Cari-Mod 15-2-2021 05:35 PM
motip sangat ko ni kan dekk
Quote Cari-Mod 15-2-2021 05:35 PM
nama ko pun dah ala2 vjj jahh
Quote Cari-Mod 15-2-2021 05:36 PM
selayaknya ko ni dipanggil siti vajainah gitu?
Quote Cari-Mod 15-2-2021 05:38 PM
ke nak panggil ko siti angin vajainah sebab ko claim ada angin yang menghembus ke arah kau masuk vajainah lantas ko pon beranak gituh?
Quote missyL 15-2-2021 07:55 PM
Aerhys replied at 15-2-2021 02:01 PM
Apalah. Cuba buat DNA test bayi tu dgn bekas suami.

I pn rase benih laki die.laki
Baru je pn cerai. Cume dtg haid tu btol ke x
Quote che-cikL 15-2-2021 08:02 PM
Apa berita yg hampas camni ulang2 TT ooi... Kan baru semalam ada buka thread pasal ni?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063866 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top