CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Pembaca Berita TV3, Adibah Noor Betulkan ‘Pronunciation’ Rina Harun Pula

16-2-2021 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10068| Komen: 61

Menyedari kesilapan bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun, pelakon Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan semula cara sebutan bagi perkataan itu.


Menerusi Twitter, Adibah memuat naik video cara sebutan atau pronunciation yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.

Foto: IG

"Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.

"Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, doubt (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.

"Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi 'b' bukan, dup, daob, dib tapi d-out," tulisnya beserta tanda pagar atau hashtag 'betulkan yang biasa' dan 'biasakan yang betul'.




Perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, itu menerima hampir 9,000 retweet dan lebih 12,000 tanda suka.

Sebelum ini, Adibah Noor pernah memperbetulkan beberapa kesalahan sebutan selebriti antaranya pembaca berita TV3, Ramzan Mohd Saufi dan penyanyi Haqiem Rusli.

Pada Khamis lalu, Rina menjadi perbualan hangat netizen di media sosial kerana dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi sesi ke-59.

Untuk rekod Rina mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Rina memiliki Diploma dalam Pengajian Perbankan Universiti Teknologi Mara serta Ijazah Perbankan dan Kewangan dari Universiti Northwood, Michigan, Amerika Syarikat.



Bukan itu sahaja, nama Rina Harun turut trending di Twitter kerana penampilan baharu yang dilihat semakin kurus dan bergaya.

Penampilan Ahli Parlimen Titiwangsa ini dilihat seakan-akan model selepas memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal Man Kajang. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingBiru 16-2-2021 08:19 AM
Cringe betul tgk Rina Harun punya speech ni. Kalau tak sebab ada text bawah tu langsung tak paham dia cakap apa.

Quote masnona 16-2-2021 08:30 AM
Org msia jesuka betulkn perkataan2 inggeris org msia sndri. Mcmnela org nk ada confident berbhasa inggeris kalau asyk nk btlkn aje
Quote meah_kelabu 16-2-2021 08:34 AM
seriusla graduate us speaking mcm ni?
kalo degree paling2 4 taun ddk sane
Quote alien88 16-2-2021 08:47 AM
walaupon kak dibah ni sllu meroyan tp bab ni iolls ok jah
boleh iolls tambah pengetahuan
tp x sangka juga oversea graduate boleh terlepas pandang bab pronunciation ni  
Quote Buritan 16-2-2021 08:52 AM
masnona replied at 16-2-2021 08:30 AM
Org msia jesuka betulkn perkataan2 inggeris org msia sndri. Mcmnela org nk ada confident berbhasa in ...

Yepppp.. ade satu cikgu jawa ni suke beno betulkan ayat  bm aku.. sah sah aku ckp pasar.. aku ckp ayo dia royan airrrrrrr..aku ckp cico dia sebut cicir.. gasak hangla
Quote Buritan 16-2-2021 08:54 AM
KucingBiru replied at 16-2-2021 08:19 AM
Cringe betul tgk Rina Harun punya speech ni. Kalau tak sebab ada text bawah tu langsung tak paham di ...

Boleh tak buat teks guna ayat BI yg simple simple.. satu tak memalukan diri sendiri satu lg semua phm.. ini ayat ayat tinggi ujung ujung kena komen..
Quote izat123 16-2-2021 08:55 AM
masnona replied at 16-2-2021 08:30 AM
Org msia jesuka betulkn perkataan2 inggeris org msia sndri. Mcmnela org nk ada confident berbhasa in ...

Masalahnya hauk sangat rina harun pun. Malu kokrang kalau dah hauk gitu cakap jelah bahasa melayu bahasa kan jiwa bangsa
Quote Redmyvi 16-2-2021 09:07 AM
Org malaysia kalau ckp english tak berapa nk english tu biasa je bg aku.. org malaysia tak reti ckp bhasa melayu tu yg aku rengsa
Quote fadz84 16-2-2021 09:17 AM
nape news tu nk highlights edu background DS Rina ni? Btw, sblm jd menteri DS ni kerja apa? Government servant ke?
Quote fadz84 16-2-2021 09:22 AM
Mcm awkward cara datuk sri baca text tu. Klu tgk bio, impressive. Asal KL (org bandar), sekolah SBP, diploma uitm (bahasa pengantar dlm kelas English), further study kat US.
Quote miss_perfect 16-2-2021 09:33 AM
masnona replied at 16-2-2021 08:30 AM
Org msia jesuka betulkn perkataan2 inggeris org msia sndri. Mcmnela org nk ada confident berbhasa in ...

Kalau orang2 biasa salah sebutan, aku rasa orang tak adalah nak membahan sangat. Tapi dia ni dah taraf menteri. Tengok tak video dia tu? cara dia cakap memang cringe gila dan sungguh macam budak2 baru nak berjinak2 cakap english... aku pulak segan kita ada menteri macam ni padahal katanya graduate US.
Quote slyfynx 16-2-2021 09:35 AM


Byk je contoh.
Cume ntah la.
Sesetengah org ni x boleh ditegur, esp dpn crowd.
Tp aku kalau salah, aku suke je kene tegur, peluang nk perbetul, daripada terus menerus sebut salah.
Faham je sbb English bukan bahasa ibunda.
Quote sunshinelady 16-2-2021 09:44 AM
masnona replied at 16-2-2021 08:30 AM
Org msia jesuka betulkn perkataan2 inggeris org msia sndri. Mcmnela org nk ada confident berbhasa in ...

takpe la. kasi tambah ilmu. kalau tak betulkan, sampai bila-bila pun salah sebutan.
orang yg tegur kena berhemah.
orang yg ditegur kena la berfikiran terbuka.


Quote Tpahtertipu 16-2-2021 09:47 AM
meah_kelabu replied at 16-2-2021 08:34 AM
seriusla graduate us speaking mcm ni?
kalo degree paling2 4 taun ddk sane

Tak sanggup nk dgr... Baca komen je dh skeri... Wat a downgrade... Elok lglh bg mat dulu, ikhlas ngaku tak reti byk..
Quote Tpahtertipu 16-2-2021 09:47 AM
meah_kelabu replied at 16-2-2021 08:34 AM
seriusla graduate us speaking mcm ni?
kalo degree paling2 4 taun ddk sane

Tak sanggup nk dgr... Baca komen je dh skeri... Wat a downgrade... Elok lglh bg mat dulu, ikhlas ngaku tak reti byk..
Quote sleepandream 16-2-2021 10:16 AM
benda ni recording kan... belakang tu pun green screen jah...
kalau iols jd pegawai PR sheols, iols suggest sheols rakam balik dalam bahasa melayu lepastu letak subtitle english...
Quote AshkieLa 16-2-2021 11:02 AM
tapi memang pelik la english dia..
background education mcm hebat, tapi orgnya macam tak setara...
menteri kita ni yang aneh aneh je peel diorg...
Quote JalaEmas 16-2-2021 11:04 AM
Redmyvi replied at 16-2-2021 09:07 AM
Org malaysia kalau ckp english tak berapa nk english tu biasa je bg aku.. org malaysia tak reti ckp  ...

acah acah tak reti tu lg dabel rengsaaa
Quote Luna5855 16-2-2021 11:11 AM
Sorry betul ke dia graduate from US? Ke tipu bio ni? Dia punya speaking macam orang tak pernah pegi belajar sana. Kawan i yg tak pandai BI kat sekolah dulu pun bila belajar kat UK setahun je balik dah berhabuk speaking.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.098928 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top