CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Stesen Petronas Tertekan

7-11-2013 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20893| Komen: 163



BUKAN hanya dakwaan syarikat minyak dan gas menghadapi masalah mendapatkan kontrak Petronas, pemilik stesen minyak Petronas juga mendakwa menerima tekanan daripada syarikat petroleum itu.


Menurut sumber yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam perniagaan stesen minyak Petronas, kepentingan Bumiputera, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perniagaan milik Petronas Dagangan Bhd (PDB) didakwa telah terhakis kerana dasar baru yang mula menular dalam Petronas.

PDB adalah cabang perniagaan Petronas yang bertanggungjawab terhadap pemasaran dan agihan minyak di seluruh negara melalui stesen minyak Petronas.

Menurut sumber itu, stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia sebelum ini diketahui menjual pelbagai jenis makanan tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang, sandwic dan lain-lain yang diletakkan di stesen Petronas oleh penduduk setempat atau syarikat kecil.

“Tetapi baru-baru ini, PDB tidak benarkan lagi kami menerima bekalan makanan ini daripada penduduk setempat dengan alasan mahukan syarikat berdaftar sahaja menjadi pembekal bagi menjamin kualiti produk di kedai Mesra.

"PDB mahu berikan hak membekalkan produk itu kepada sebuah syarikat dari luar negara yang akan bekalkan semua kuih, nasi lemak, roti dan makanan tempatan di stesen Petronas selepas ini," dakwa beliau.

Beliau berkata, individu yang membekalkan kuih-muih selama berbelas tahun ke stesen Petronas akan kehilangan mata pencarian apabila tidak lagi dibenarkan berbuat demikian.

“Kami malu dengan penduduk tempatan kerana selama ini kita bantu-membantu antara masyarakat setempat. Ada yang berbelas tahun sudah bekalkan makanan ke stesen Petronas. Mereka yang beli minyak di stesen kami, jadi kami bantu dengan beri ruang untuk mereka bekalkan makanan.

“Kami juga langsung tidak diberi kuasa untuk buat keputusan dalam hal ini. Kami sudah berbincang dengan PDB mengenai isu ini tetapi mereka bertegas akan tetap meneruskan rancangan menggunakan khidmat syarikat luar itu,” dakwanya.

Stesen Petronas diberi kepada bukan Bumiputera

Sumber itu turut mendakwa trend paling membimbangkan sejak dua atau tiga tahun lalu adalah peluang membuka stesen Petronas baru diberikan kepada bukan Bumiputera.

“Padahal Petronas sepatutnya beri keutamaan kepada peniaga Bumiputera untuk buka stesen minyak mereka. Kami mahu dasar Petronas kembali memberi keutamaan kepada peniaga Bumiputera,” gesa beliau.

Selain itu, beliau mendakwa pengusaha baru stesen Petronas juga ditekan dengan kewujudan perjanjian baru untuk membuka stesen minyak Petronas.

Menurutnya, jika perjanjian sebelum ini laku sehingga pemilik stesen itu meninggal dunia, perjanjian baru pula hanya laku bagi tempoh lima tahun.

“Selepas lima tahun, pemilik stesen akan dinilai semula, boleh teruskan perniagaan atau tidak.

“Kadar sewa juga dinaikkan daripada lapan peratus dalam perjanjian lama kepada 24 peratus dalam perjanjian baru,” dakwanya.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila Petronas didakwa menghalang dan mengongkong pemilik stesen minyak Petronas meluaskan perniagaan mereka.

“Kami dihalang mempunyai perniagaan lain, dengan alasan mahu kami bagi perhatian penuh kepada perniagaan (stesen minyak).

“Padahal kita bila dah maju, mungkin kita nak cuba jadi pembekal atau kembangkan perniagaan dengan buka stesen kedua tetapi ini tidak dibenarkan melalui perjanjian baru ini,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
10

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 6-11-2013 10:45 AM
'Sumber' bullshit mana dia guna ? Lain kali nak temberang tengok tempat dulu la.
Quote kazaraf 6-11-2013 10:53 AM
BotakChinPeng posted on 6-11-2013 10:45 AM
'Sumber' bullshit mana dia guna ? Lain kali nak temberang tengok tempat dulu la.

dr sini ha http://www.sinarharian.com.my/pe ... s-tertekan-1.217886

so apa cerita sebenar? cuba btau. hehe
Quote MissMamamia75 6-11-2013 10:54 AM
benar ke berita nih?
Quote BotakChinPeng 6-11-2013 10:59 AM
kazaraf posted on 6-11-2013 10:53 AM
dr sini ha http://www.sinarharian.com.my/pemilik-stesen-petronas-tertekan-1.217886

so apa cerit ...

Owh. Bullshit dari sinar harian rupanya

Quote slippergombak 6-11-2013 11:00 AM
Bangsa melayu menerima hukuman diatas sokongan terhadap umno....bangsa cina mendapat imbuhan dari menolak umno untuk kembalikan kepercayaan.... tahniah melayu... idoppp melayu... Last edited by slippergombak on 6-11-2013 11:01 AM

Quote Bell 6-11-2013 11:01 AM
Ada la haprak dlm petronas kena cucuk suruh pinggirkan bumiputera...
Quote pelukis.plan 6-11-2013 11:03 AM
kepentingan individu mengatasi kepentingan masyarakat

༼ つ ◕_◕ ༽つ GIVE DIRETIDE!
Quote BotakChinPeng 6-11-2013 11:06 AM
slippergombak posted on 6-11-2013 11:00 AM
Bangsa melayu menerima hukuman diatas sokongan terhadap umno....bangsa cina mendapat imbuhan dari me ...

Kena halau tuan tanah melayu ko kata imbuhan ? Hahahahahaa

Quote prettyuglybabe 6-11-2013 11:07 AM
patut la hari tu segala makanan nasik lemak tak ada. dia ganti dengan breadstory. terus aku tak singgah lagi kat petronas beli breakfast. sebulan lepas tu singgah nak pergi atm, tengok kedai roti tu dah tutup. nasik lemak meehoon mee kuih muih segala bagai tu dah ada balik
Quote edoraixora 6-11-2013 11:09 AM
ooo....patut ler dh xde mende alah tu sumer kt petronas sini
ruang jualan tu diberi pulak pada  'bread story'
Quote BotakChinPeng 6-11-2013 11:10 AM
Sekarang cukup susah mau cari orang yang minat jadi pengusaha stesen minyak. Mana ada syarikat nak buat cam bodoh begini ? Bingai tul tukang bullshit sinar pprt harian tuh
Quote chazey 6-11-2013 11:13 AM
Ini ka kerajaan yang mati2 nak tolong Melayu itu?
Quote chazey 6-11-2013 11:15 AM
edoraixora posted on 6-11-2013 11:09 AM
ooo....patut ler dh xde mende alah tu sumer kt petronas sini
ruang jualan tu diberi pulak pada  'br ...


Oh ingatkan DAP jah buat gitu ropanya Petronas sanjungan bangsa pun buat juga.

Tokeh Petronas sebenarnya entah Cine DAP kot? Btw Bread Story sedap memang akak2 roti homemade ilmu sejengkal susah nak lawan lar.
Quote xAthenax 6-11-2013 11:18 AM
hahaha baru korang tau...
kaka sudah lama dengar complain ni
sebab saudara terdekat salah sorang operator stesen minyak petronas
ini mesti idea out of the box  budak2 overzealous yang baru2
kang cakap lelebey ada yang sentap pulak
Quote edoraixora 6-11-2013 11:19 AM
prettyuglybabe posted on 6-11-2013 11:07 AM
patut la hari tu segala makanan nasik lemak tak ada. dia ganti dengan breadstory. terus aku tak sing ...

eh eh...hampir same pulak post aku ngan ko...tapi ko post dulu
adekah petronas yg dimaksudkan di USJ 20 tu??

sebab kt situ bread stori tu pun dh tutup tapi katenye under renovation
baru je bukak dh renovate pulak
Quote tapibukanaku 6-11-2013 11:20 AM
Petronas didakwa ubah polisi?



BERAPA ramai antara kita yang pergi ke stesen minyak Petronas setiap pagi untuk membeli nasi lemak, roti dan kuih-muih yang dibekalkan syarikat kecil Melayu atau makcik-makcik di kampung untuk dijadikan sarapan?

Semua itu dikhuatiri hilang tidak lama lagi apabila Petronas didakwa mengamalkan dasar baharu, bercanggah dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan.

Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, badan bukan kerajaan itu menerima banyak aduan daripada syarikat dalam industri minyak dan gas negara mengenai sikap Petronas yang didakwa mereka sebagai pilih kasih dalam memberikan kontrak.

“Pembekal perkhidmatan minyak dan gas, pengusaha stesen minyak, kontraktor atau syarikat logistik, semuanya mengadu mengenai Petronas,” katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Dasar Petronas mula berubah

Beliau mendakwa Petronas cuba mengetepikan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya dan tersasar daripada peranan asalnya untuk membantu membangunkan syarikat Bumiputera dalam industri minyak dan gas.
Menurut Mohd Nizam, MTEM dan syarikat tempatan dalam sektor itu berkongsi pendapat sama dengan Petronas bahawa pemberian kontrak harus dilakukan berdasarkan keupayaan dan prestasi syarikat.

“Memang kita pun mahu syarikat yang layak sahaja diberikan kontrak tetapi jangan guna alasan itu untuk hentikan semua projek kepada syarikat Melayu,” katanya.

Mohd Nizam berkata, MTEM pernah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Petronas berhubung isu ini pada Februari lalu namun hasilnya tidak memuaskan.

“Mula-mula nampak hasil pertemuan seolah-olah baik, (pengurusan tertinggi Petronas) janjikan pelbagai perkara, termasuk kerjasama antara MTEM dan Petronas.

“Tetapi dua minggu selepas pertemuan itu, Petronas hantar surat jawapan memaklumkan syarikat itu tidak bersedia memberi komitmen kepada perkara dibincangkan dengan MTEM dalam pertemuan itu, terutama berhubung agenda Bumiputera dan Melayu,” dakwanya.
Petronas lebihkan mat salih

Mohd Nizam berkata, tiga isu utama dibangkitkan syarikat tempatan dalam sektor minyak dan gas adalah sikap Petronas yang didakwa berat sebelah kepada syarikat asing, cubaan Petronas mengetepikan syarikat tempatan dan tidak ada arah tuju jelas bagi Petronas berhubung agenda membina keupayaan negara.

Beliau mendakwa, berdasarkan aduan diterima, kontrak Petronas didakwa mula menetapkan pelbagai syarat yang dianggapnya tidak masuk akal serta tidak memberi sebarang kelebihan kepada syarikat tempatan.

Menurutnya, masalah ini bermula selepas Petronas diambil alih pengurusan baru sejak 2010.

“Pengurusan sebelum ini faham dan cuba bantu pembangunan kapasiti syarikat tempatan tetapi pengurusan sekarang ini gunakan alasan keupayaan untuk mengetepikan mereka dan lebihkan syarikat asing,” dakwa beliau.

Nasi lemak pun dibekalkan syarikat asing

Selain itu, Petronas juga didakwa memberikan monopoli kepada sesetengah syarikat luar, termasuk bagi pengangkutan minyak dan pembekalan produk makanan di stesen Petronas.

“Nasi lemak, kerepek dan roti di stesen Petronas tak boleh lagi dibekalkan oleh makcik-makcik di kampung, semuanya diberikan kepada satu sahaja syarikat, yang berasal dari luar negara,” dakwanya.

Menurutnya, Petronas didakwa menggunakan alasan inginkan syarikat berdaftar untuk membekalkan makanan di stesen Mesra.

“Apa yang mereka buat sebenarnya adalah menolak keluar peniaga Melayu sedikit demi sedikit daripada rangkaian perniagaan Petronas, dari pelantar minyak ke kedai Mesra.

“Kami bukan menentang Petronas, kami sayangkan Petronas sebagai khazanah negara. Kami ingin selamatkan Petronas,” katanya.

Usaha berterusan Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas Petronas berhubung semua dakwaan ini tidak berjaya sehingga artikel ini disiarkan.

Quote BotakChinPeng 6-11-2013 11:22 AM
Jangan harap laa hahahahaa
Quote edoraixora 6-11-2013 11:22 AM
chazey posted on 6-11-2013 11:15 AM
Oh ingatkan DAP jah buat gitu ropanya Petronas sanjungan bangsa pun buat juga.

Tokeh Petronas ...

entahlah...takku tau pulak taukenye bangse ape
bagi aku, rase roti bread stori tu bese2 ajer
tapi kalau dibandingkan ngan akak2 ilmu panjang sejengkal, sesuai la kot
Quote prettyuglybabe 6-11-2013 11:22 AM
edoraixora posted on 6-11-2013 11:19 AM
eh eh...hampir same pulak post aku ngan ko...tapi ko post dulu
adekah petronas yg dimaksudkan di  ...

iya lah. petronas lepas simpang 4 dengan kfc tu ler.. aku tanya bebudak tu pun dorang kata renovation. renovation pe kejadah baru sebulan bukak. sampai sekarang tak de apa jadi pun

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040579 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top