Baru-baru ini, seorang wanita tanpa nama membuat pendedahan di Facebook UM Confession berkongsikan dengan netizen mengenai sikap dan perangai lelaki dari negeri-negeri di Malaysia.
Wanita itu turut berkongsikan lelaki negeri manakah yang patut dijadikan sebagai pasangan berdasarkan daripada pengalamannya. Menurut wanita itu, dia mempunyai pengalaman menjalin hubungan dengan lelaki daripada beberapa negeri dan mengatakan lelaki dari Sarawak antara yang terbaik dan lelaki dari Johor adalah paling teruk. Menurutnya, lelaki Sarawak adalah pasangan yang terbaik kerena mereka setia, stabil, matang dan tidak menghabiskan duit teman wanita mereka.
“Jika mereka ada masa lapang, meraka akan ajar cara untuk membuat duit melalui atas talian,” katanya. Menurutnya lelaki dari Johor selalunya curang dan paling teruk. Bagaimanapun, wanita itu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaannya itu. Mungkin bekas kekasihnya dari Johor benar-benar buat dia kecewa. Wanita itu berkata lelaki dari Penang kebanyakan mereka tidak mahu mengaku salah meskipun tahu mereka melakukan kesalahan. Menurut wanita itu, lelaki dari Selangor kebanyakannya matang tetapi mereka gilakan kerja. Katanya, mereka akan lebih utamakan kerja daripada teman wanita. Kata wanita itu, lelaki dari Melaka setia tetapi membosankan. “Lelaki dari Melaka, mereka setia, tetapi mereka degil dan membosankan, mereka tidak akan mencuba perkara baru. Makan nasi ayam setiap hari,” katanya. “Lelaki dari Seremban gatal. Mereka hanya mahukan seks. Kedua, adalah wang,” tulisnya. “Lelaki dari Sabah terlalu naif dan lurus bendul sehingga mudah ditipu, ”katanya. Diakhir perkongsian itu, wanita itu mengatakan dia tidak dapat membuat ulasan mengenai lelaki dari negeri lain kerana tidak pernah bercinta dengan lelaki dari negeri itu. Seperti sudah dijangka, perkongsian netizen itu menimbulkan rasa kurang senang dengan kenyataan wanita itu. Kata netizen, meskipun dia pernah menjalin hubungan dengan lelaki daripada beberapa negeri tidak bermakna dia boleh sesuka hati mengatakan sikap semua lelaki dari negeri-negeri tersebut sama seperti bekas kekasihnya. Bagaimanapun, di akhir perkongsian itu wanita itu mengatakan masih ramai lagi lelaki baik di luar sana dan tidak seperti bekas kekasihnya. -CARI Sumber: Gulapop
|
ADVERTISEMENT