Tular satu klip video memaparkan seorang lelaki mencium mulut seorang kanak-kanak yang didakwa anak angkatnya. Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana tindakan lelaki itu dianggap tidak wajar dan perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku. Susulan itu, penceramah bebas Akhi Fairuz tampil memberikan respons terhadap video tersebut. "Macam dah kena sex grooming!" katanya. Difahamkan, video tersebut dimuat naik lelaki itu di TikTok bagi menjawab persoalan diajukan salah seorang pengikutnya dari Indonesia selain menjelaskan sebab mengapa dia berbuat demikian.
Ini bukan anak ikan, ini anak angkat kepada keluarga kami, anak papa. Jelas lelaki ini lagi, budaya mencium mulut ke mulut sudah sebati dan menjadi ‘tradisi’ dalam keluarga mereka. Pada masa sama, kanak-kanak itu dilihat seolah-olah ‘rela’ dengan apa yang terjadi kepadanya. Namun, ada juga yang mendakwa kanak-kanak itu merupakan kanak-kanak istimewa (autism). Jelas Akhi, perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana bahagian mulut dikategorikan sebagai bahagian intim yang tidak boleh sesuka hati disentuh oleh orang lain. Justeru, Akhi mendakwa kanak-kanak dalam video tersebut menjadi mangsa ‘kerakusan’ abang angkatnya. Pada masa sama, dia menggesa supaya netizen tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku. Sumber: OhBulan
|
Carcosa replied at 16-2-2021 12:27 AM
Gambar yg budak tu baring kat sofa then si pedoGay ni cium sambil pegang kepala budak tu, so seksual ...
dakewa replied at 16-2-2021 01:30 AM
Si pedogay yg berbaring tu sis. Bdk tu yg meriba si pedogay sambil picit2 jerawat disulami dgn ciu ...
Carcosa replied at 16-2-2021 12:26 PM
Ohhhh. Serious laaa
Giloooss lah si PedoGay ni. Kiwak betul.
Dengar cerita dah deactivate accou ...
ADVERTISEMENT