Sebelum bergelar penyanyi, Fieya Julia mendedahkan dia pernah menjadi salah seorang penyokong kelab peminat Haqiem Rusli yang dikenali sebagai Qiemilio.
Mengenali Haqiem menerusi kelab tersebut, Fieya, 21, berkata dia terlalu mengagumi cara penyanyi itu melayan orang sekeliling terutamanya peminat wanita. "Sejujurnya saya kenal Haqiem secara peribadi baru-baru ini sahaja... tetapi saya dah kenal dia sejak program Idola Kecil lagi. Kalau nak tahu sebelum saya jadi penyanyi, saya pernah jadi peminat dia termasuklah pergi jelajah dan event yang dianjurkan oleh kelab peminat. "Satu benda yang saya kagum mengenai Haqiem ialah dia sangat hormat dengan perempuan, cara dia layan sangat baik dan pandai jaga jarak. Dia memang good boy, tak akan sentuh peminat perempuan.
"Sikap hormat wanita itu membuatkan kita jadi lebih sayang... malah sampai sekarang dia masih lagi begitu dan tetap dengan pendirian sama," katanya kepada mStar.
Sebelum itu, Fieya ada meninggalkan komen mengenai Haqiem Rusli pada salah satu foto yang dikongsi oleh pengendali akaun program MeleTOP. Kata Fieya, bakat dan sikap murni yang ditunjuk oleh Haqiem boleh dijadikan inspirasi untuk anak-anak muda yang baru berjinak dalam industri seni. "Sekarang ni banyak masa tak buat apa-apa, saya ni memang suka komen-komen dekat media sosial... saya rasa saya macam netizen, kalau nampak posting menarik saya memang akan komen. "Termasuklah foto Haqiem semasa kecil yang dimuat naik oleh pengendali Instagram tersebut, daripada situlah saya tulis mengenai peribadi Haqiem sejak dulu. "Walaupun tu cerita lama, tapi bagi saya yang masih baru dalam industri... bakat dan sifat Haqiem itu boleh dijadikan inspirasi kepada mereka yang baru nak berkecimpung sebagai penyanyi," ujarnya.
Sementara itu, penyanyi lagu Penantian ini berkata dia tidak terkejut apabila membaca dan melihat foto tular Haqiem sedang mengerjakan solat di belakang pentas sebelum ini. "Saya tak terkejut pun bila ada netizen termasuk rakan artis bercerita di media sosial mengenai Haqiem bersolat di belakang pentas. "Sebelum ini saya pernah satu show dengan dia... apabila waktu Maghrib dan Isyak dia memang akan hilang, rupa-rupanya pergi solat. "Malah, ada satu acara persembahan saya pernah terserempak dia makan bersama ibunya... itu sahaja sudah menampakkan dia seorang anak yang baik cuma mungkin orang tak nampak," katanya. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|