Tular sebuah video yang membangkitkan kemarahan netizen di mana seorang warga emas ‘dibuli’ sekumpulan remaja. Tindakan mereka disifatkan biadab dan mengambil kesempatan terhadap warga emas yang lemah itu.
Video berdurasi lebih 20 saat dipercayai berlaku di Terengganu itu memaparkan tindakan kurang ajar remaja lelaki membonceng warga emas terbabit sebelum membuat ‘wheelie’ menyebabkan dia terjatuh lalu terduduk di atas tanah. Perkongsian di laman sosial meraih pelbagai respons netizen yang mengecam tindakan remaja ini. Pada masa sama, mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan berkenaan. Terbaru, kumpulan remaja itu tampil memohon maaf dengan bersalaman dan memeluk warga emas itu. Loading FB Post...
Walau bagaimanapun, netizen beranggapan permohonan maaf itu tidak dibuat dengan ikhas dan riak muka mereka kelihatan seolah-olah terpaksa berbuat demikian. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan remaja ini yang disifatkan tidak beradab. Pada masa yang sama, mereka turut menyatakan permohonan maaf itu dilakukan kerana terpaksa dan bukan dengan hati yang rela. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT