CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bunga Citra Lestari Menyesal Utamakan Kerjaya, Segalanya Sia-Sia Selepas Kehilangan Suami

16-2-2021 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11826| Komen: 53

Biarpun sudah setahun Allahyarham Ashraf Sinclair pulang menemui Ilahi, namun kisah cintanya dengan isteri, Bunga Citra Lestari masih kuat menyentuh hati masyarakat di Indonesia dan Malaysia.


Sebagai balu, kekuatan Bunga dalam mengharungi hidup bersendirian menjadi perhatian ramai. Meskipun masih terkesan dengan pemergian Ashraf, namun beliau kini kelihatan lebih terbuka berkongsi keadaannya dalam program ‘The Untold Story About Love Story’.

Program yang disiarkan pada Sabtu (13/2/2021) melalui YouTube peribadi, IT’S ME BCL itu turut menampilkan sahabat baik Bunga iaitu Daniel Menanta. Tanpa berselindung, beliau menceritakan bagaimana sukarnya menerima hakikat kehilangan orang paling disayangi.


Foto: IG

Allahyarham Ashraf disahkan meninggal dunia pada tanggal 18 Februari 2020 pada usia semuda 40 tahun. Sebak rasanya apabila Bunga mengungkap penyesalannya selama arwah masih hidup. Kala itu prioriti beliau adalah kerjaya sebagai penghibur.

“Priority is work at that time, jadi kayak one of my biggest regret,” kata Bunga.

“I wish gua bisa lebih have more time if i know, but nobody knows,” sambungnya.



Daniel Mananta kelihatan tidak bersetuju dengan ucapan tersebut. Menurutnya, jika waktu diputar kembali pun tak akan ada yang berubah.

Daniel juga meminta BCL untuk berhenti menyalahkan dirinya sendiri.



“What would do differently kalau misalnya saat itu lu nggak memprioritaskan work, nggak juga.”

“I’m sorry Bunga, lu nggak boleh nyalahin diri lu seperti itu juga,” terang Daniel.

Mendengar ucapan Daniel, Bunga terlihat menyeka air matanya.

Ibu kepada Noah Sinclair itu juga menceritakan tentang apa yang direnungkan setelah pemergian Ashraf. Akui Bunga, beliau baru merasa jika apa yang dikejar selama ini sia-sia belaka, setelah kehilangan Ashraf.

“Ini yang gua rasain, gue tu kayak lari terus gitu lho Niel, larii ngejar apa sih? Ngejar apa nggak ada.”

“Gua lari dengan diri gua sendiri, dengan karier, gua lari,” keluhnya.



Meskipun telah berusaha membahagikan waktu dengan bijak, namun kerana persaingan yang begitu sengit dalam dunia hiburan bagai ‘memaksa’ Bunga mengutamakan kerjaya lebih dari segala-galanya.

“Gua punya aturan dalam hidup gua, gua punya waktu buat kerjaan, buat keluarga, gua ada aturannya.”

“Gua udah bagi semuanya, gua tetap masak di rumah segala macem. If i know, waktunya cuma segini, pasti pilihan gua akan beda.”

“This things happened itu menyadarkan gua kalo selama ini gua lari, in a competition with everyone, tapi nggak tau mau ke mana,” dedah Bunga dalam nada sebak.

Kini Bunga mengaku lebih santai dalam menjalani hidup dan menikmati setiap momen yang ada. Kebetulan beberapa hari selepas pemergian Ashraf, pandemik COVID-19 menular di seluruh Indonesia. Beliau berusaha menggunakan waktu tersebut untuk dirinya sendiri.



“Just slow down and enjoy every little moment.”

“When Ashraf pergi and then the pandemic happen, di situlah gua bener-bener stop,” ujarnya.

Bunga turut merasa bahawa selama ini beliau terlalu banyak menyenangkan hati orang hingga lupa terhadap dirinya sendiri.

“I’m taking my time, ga siap buat gue selama ini terlalu berdedikasi menyenangkan banyak orang,” akhirinya. -CARI

Sumber: Tribunnews/NONA
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 16-2-2021 02:06 PM
BCL & arwah asyraf ni life style urban sgt tapi mmg cinta mati betui depa dua org ni..
Quote epuepy 16-2-2021 02:22 PM
Yg buat org terharu sbb diorg saling support each other. Cara arwah syg bunga buat org terkesan sampai skrg.

Walaupon time arwah ada selalu kena kutuk sbb binik seksi namatey.
Quote sfrnna 16-2-2021 02:33 PM
nasib la ada anak pengubat rindu kat arwah. meninggal tiba2. sapa x sedih
Quote Adrif 16-2-2021 02:36 PM
sebagai peringatan

pasangan kita tu juga, adalah pinjaman, bukan hak

hidup cuma sementara , hargai yang ada depan mata
Quote Artemesiaa 16-2-2021 02:40 PM
Sebab tu orang tua2 selalu nasihatkan buat kerja biar seimbang.  Asyik terkejar sana sini akhirnya bila satu benda terjadi baru sedar semuanya hanya sia2.
Quote Lula2 16-2-2021 04:07 PM
Sedihnya tengok video tu..
Memang dia dah balance kan masa, tapi kalau dia tau sekejap ini masa yg ada, mesti dia spend lebih banyak waktu. {:cryrun

Teringat lepas adik i meninggal, baru lah kami 1 family selalu buat gathering dan nampak lebih appreciate each other
Quote sofyayra 16-2-2021 06:24 PM
Terbayang2 lagi video ashraf buat biskut ke kek time raya dua tahun lepas.

Mungkin bila org yg kita betul2 syg dan cinta dah tiada, akan terus jadi missing puzzle pieces. Rasa incomplete
Quote irish_ieka 16-2-2021 06:50 PM
die sedih banget tapi die ckp dlm interview tu die ready utk berkenalan dgn org lain tapi sbb skrg tengah pandemic die tkleh kenalan lg. kok pantas bangef yach ?
Quote Qatrunnadaain 16-2-2021 08:02 PM
Terus existential crisis bila diuji mcm ni.. kesian dia.. sometimes it can be a turning point to seek the real purpose in life.. not trying to sound islamic but most of the time, hamba akan kembali cari Tuhan saat dalam musibah. Cantik susunan kata2 Bunga. Iols simpati..
Quote LadyCarefree 16-2-2021 08:04 PM
That's why hidup kena cari balance. Kerja kerja kerja semata nk beli benda branded phone canggih rumah besar untuk apa je.
Quote dua_chzy 16-2-2021 08:18 PM
Korang tengok la level talk show libur Ndon gimana. Banding dengan Malaysia, dengan Meletop ngkorang tuh.
Quote q@2a 16-2-2021 08:45 PM
dua_chzy replied at 16-2-2021 08:18 PM
Korang tengok la level talk show libur Ndon gimana. Banding dengan Malaysia, dengan Meletop ngkorang ...

Lambatttttt lagi  Malaysia nk sampai taraf mcm ni... Tgk host dia pn dh another level kaka... Tak adanya nak potong2 ckp bunga..
Quote dedek12 16-2-2021 08:47 PM
Tapi okay ja bcl tu utamakan family...rajin masak untuk anak laki...haish hati ni asyik sayu je kalau baca kisa diorg {:cryrun
Quote Amandaminaj96 16-2-2021 09:02 PM
Kesian bcl..takpe la bcl..at least kesah u boleh jadi lesson tok semua org menghargai family masing2 yach..ini yg ada anak dera anak..cano..
Quote Queenmastani 17-2-2021 02:59 AM
Senyuman dia dah tk sama masa arwah ada dulu..suka tgk dia senyum dekat asraf
Quote Jemahjemah 17-2-2021 04:09 AM
Sedihnyaa. Em muda lagi. Anak pun baru 10tahun kan. Siannya. Kalau suami kita dah meninggal dulu, then ditakdirkan kita kawen lagi. Kat akhirat nanti kita jmpe balik x psgn kita tu eh? Ke kita dgn psgn baru dah?
Quote chauky314 17-2-2021 12:42 PM
harap dia cepat berubah ke arah lebih baik....
Quote Alyazahra 18-2-2021 12:36 AM
irish_ieka replied at 16-2-2021 06:50 PM
die sedih banget tapi die ckp dlm interview tu die ready utk berkenalan dgn org lain tapi sbb skrg t ...

Tula..i pun tkejut n xsangka bcl ckp cenggitu..sebb bru setahun ashraf meninggal dan diorg ni dipotraykan as cinta mati..but yelah, atas masing2 jugak kan
Quote LadyCarefree 18-2-2021 01:25 AM
Jemahjemah replied at 17-2-2021 03:09 AM
Sedihnyaa. Em muda lagi. Anak pun baru 10tahun kan. Siannya. Kalau suami kita dah meninggal dulu, th ...

Katanya pasangan yg last. Tp katanya juga kat syurga kita boleh dapat apa kita nak. iols xnak jd ketua bidadari. iols nk kahwin ramai lelaki all my crush semua jadi my hasbens.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038049 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top