CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Disaran Wujudkan Kementerian Kanak-kanak Cegah Pelacuran ‘Sugar Baby'

16-2-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2818| Komen: 22

Kerajaan disaran mewujudkan Kementerian Kanak-Kanak yang mempunyai peruntukan khas dan sumber tetap untuk melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa kegiatan pelacuran di atas talian.

Cadangan itu dibuat bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh dan Penasihat Mahkamah bagi Kanak-kanak Mahkamah Kuala Lumpur Syed Azmi Alhabsyi.


Kredit foto: IG Syed Azmi

Ia antara 10 cadangan mengenai gejala pelacuran dalam talian ‘sugar baby’ yang menjadi isu hangat ketika ini.

“Kami menyarankan supaya Kerajaan menangani gejala sosial seperti ini dengan lebih berkesan secara mencegah kerana ini lebih baik daripada merawat simptom.

“Kami menggesa supaya 10 langkah ini diambil bersekali dengan sebarang tindakan menyekat aplikasi sosial yang melanggar undang-undang negara,” katanya.

Mereka turut mencadangkan penambahan Pelindung Kanak-Kanak serta Pembantu Pelindung Kanak-Kanak yang terlatih supaya Akta Kanak-Kanak 2001 boleh dikuatkuasakan dengan lebih efektif.

Selain itu, sistem perundangan jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak perlu ditambah baik seperti mewajibkan tahanan reman selama tiga hari kepada suspek bagi mententeramkan mangsa.

Kerajaan juga perlu menyediakan program pemulihan dan kaunseling yang menyeluruh serta mudah dicapai bagi membantu kanak-kanak yang didera atau trauma.

Mereka turut mencadangkan agar keluarga yang terkesan seperti penceraian, mempunyai anak luar nikah dan perkahwinan tidak berdaftar terutamanya bagi keluarga yang tidak mempunyai sokongan kewangan dibantu.

“Terdapat kanak-kanak dan remaja hari ini yang bergelut dengan krisis identiti dan mengalami kesukaran mencari tujuan kehidupan.

“Inilah realiti serta cabaran yang sedang mereka hadapi dan selagi kita menafikan hakikat ini, selagi itulah kita seolah-olah meraba-raba dalam kegelapan. Amalan agama tanpa penghayatan tidak mungkin memberikan hasil yang kita inginkan.

“Mari kita fokus membina semula nilai murni dan budaya moral yang sihat bagi generasi muda dengan membantu mereka dan bukan menghakimi mereka,” katanya.

Lima cadangan lain termasuk memantau pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur supaya 58 program yang melibatkan 61 agensi Kerajaan boleh berjalan dengan lancar dan menepati jangka masa sehingga tahun 2025.



Mengkaji semula pendidikan seks di sekolah dan membuat penambahbaikan seperti melibatkan ibu bapa kerana statistik Kerajaan telah menunjukkan penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan ini berlaku seawal 12 tahun.

Memperkasakan kursus perkahwinan dan membantu ibu bapa menjadi lebih efektif dalam komunikasi dengan anak-anak;

Menghapuskan sindiket yang berkaitan dan amalan rasuah yang melibatkan pihak berkuasa seperti penjualan methamphetamine dan pemerdagangan kanak-kanak atau wanita.



Jangan memberikan pelbagai alasan untuk pesalah jenayah seksual seperti tabiat menyalahkan mangsa dan pemakaian mereka.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 16-2-2021 01:45 PM
Tambah lagi seorang menteri?
Quote stinger.baik 16-2-2021 02:24 PM
lps tu wujudkn kementerian chong cheng kementerian alunggule kementerian homo kementerian ponen

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote stinger.baik 16-2-2021 02:25 PM
lps tu wujudkn kementerian chong cheng kementerian alunggule kementerian homo kementerian ponen

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote krustykrab 16-2-2021 02:30 PM
Lps tu dpt gaji buta saja...suruh rakyat kemukakan idea dan cadangan...
Quote belilies 16-2-2021 04:08 PM
Sorrylah hannah. Tapi your suggestion memang bodoh. Banyak sangat kementerian ko nak gomen wujudkan another kementerian. Kementerian wanita tu kan ada. Kenapa nak redundant???????? Tahi sangat pangai politician skrg. Asal ada bende org boleh pandang kau je bsora. Yg maszlee lagilaaa.... bagus ko cadangkan HAPUSKAN EPRESTASI ngan SIVIK DLM MP ( bm, bi, sej, pmoral).... suka sangat benda redundant! Yiiih!!!!!
Quote kucingitam 16-2-2021 04:28 PM
tak perlu pun...kementerian pembangunan wanita dah ada...kebajikan masyarakat pun ada. dua2 ni boleh cater hal kanak2, remaja. nak buat kerja dgn tidak je...
Quote Rara77 16-2-2021 04:36 PM
Jadi pembangkang wajib bodoh dap ni
Quote irish_ieka 16-2-2021 06:47 PM
duhi bodo nyela idea ko. kementerian kebjikan kan ad. JKM pon boleh pantau kanak2 disalah guna kan. kang menteri dok tebukperut posing photoshoot lg
Quote irish_ieka 16-2-2021 06:47 PM
duhi bodo nyela idea ko. kementerian kebjikan kan ad. JKM pon boleh pantau kanak2 disalah guna kan. kang menteri dok tebukperut posing photoshoot lg
Quote missus_meow 16-2-2021 07:06 PM
kementerian yg ada sekarang tak cover bab ni ke ...
Quote kakikuDibibirmu 16-2-2021 07:09 PM
Kementerian Kebijikan tu apa? Bijik kelentit?
Quote cmf_premierleag 16-2-2021 07:11 PM
bodoh gak eh hannah nih
org lg nak cut budget,ko lagi nk tambah bajet suruh byr lg gaji kat new menteri pundek
Quote Meiizu 16-2-2021 07:17 PM
Edited by Meiizu at 16-2-2021 07:24 PM

Tambah lagi menteri,tambah lagi staff ,tanggung lagi pencen,esok mati spouse sambung plak...buat perabis duit je.sugar baby apps ni tak jadi kudis pun .Mcm cara daddy baby boleh create
Sesama diorang rela bukannya paksaan...nak buat apa tmbh menteri

Quote Meiizu 16-2-2021 07:19 PM
kucingitam replied at 16-2-2021 04:28 PM
tak perlu pun...kementerian pembangunan wanita dah ada...kebajikan masyarakat pun ada. dua2 ni boleh ...

Esok lusa bila rakyat nak report...belaku petindihan skop keje katanya..pegi kementerian A kena tendang ke kementerian BCDEF..jwpn bukan bidang kuasa kami katanya..ni jwpn popular okehh.d
Quote airmineral 16-2-2021 07:35 PM
kemtut btola
patut revamp je kementerian pny portfolio
Quote awanearisu 16-2-2021 07:45 PM
Sepatutnya perkasakan lagi pegawai-pegawai kebajikan.
Ini nak ambil tindakan anak-anak tak bersekolah seperti anak-anak sohai pun terlalu banyak alasan.
Quote lattehazelnut 16-2-2021 08:01 PM
Time ph dulu siap ade iklan sugarbook kat tepi jalan
Xde pulak korg buat apa2 yg drastik
Quote dedek12 16-2-2021 08:44 PM
Idea tak beragak langsung {:nose
Quote Mulotkoyak 16-2-2021 09:06 PM
Iols dh register dh... Uols bila lgi??  Sugar baby ni cm best gak.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.035615 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top