Penyanyi Vanessa Reynauld berang apabila membaca komen daripada individu yang mengkritik rambut dan penampilannya yang dikatakan tidak sesuai untuk industri Malaysia.
Vanessa menerusi Instastory miliknya menegur tindakan individu tersebut meninggalkan komen biadab dengan menggunakan perkataan sensitif yang melibatkan perkauman. "Saya tidak mahu beri inadividu itu perhatian seperti yang dimahukan. Tapi komen itu melampaui batas dan saya perlu katakan sesuatu. Terlalu banyak perkara kurang ajar dalam komen itu, berani anda guna perkataan N? "Adakah anda tahu perkataan itu menyinggung perasaan? Sama teruk dengan menggunakan perkataan N yang lain. Saya menerima dan sayang siapa diri saya tapi anda cuba merosakkannya.
"Saya langsung tidak terkesan dengan komen itu, tapi komen individu itu di page tersebut menganggu saya. Apa yang anda cuba sebarkan, anda tahu karma? Apa yang anda lakukan akan dibalas semula," katanya. Vanessa turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan individu tersebut di YouTube video muzik lagunya berjudul Putus ciptaan komposer Farouk Roman dan Amylea. Menerusi komen tersebut, individu itu meminta naib juara program The Masked Singer Malaysia musim pertama itu mengubah imej, warna rambutnya dan solekan yang lebih sesuai untuk industri seni Malaysia. "Vanessa ubahlah gaya awak itu... nak pergi menyanyi kat negr* sana ok la. Malaysia ini tak pandang gaya macam ni. Bukan nak kutuk, awak itu lawa saja. Tapi nak jadi negr* kenapa? "Buat rambut hitam balik, luruskan... mekap elok-elok dan cari komposer lain yang pandai buat lagu. Contoh Aina. Jangan duk cari Amylea ni, kesian kat awak nanti. Tukar imej itu dulu kalau nak viral. Tak nak tak apa, tak paksa," tulis individu itu. Dalam pada itu, penyanyi berusia 21 tahun ini menegaskan dia tidak akan mengubah imejnya semata-mata untuk membuatkan orang lain menerimanya. "Saya tidak akan berubah untuk orang lain tapi untuk diri sendiri. Jika saya tak gembira dengan diri sendiri, saya akan berubah tapi bukan disebabkan komen bodoh daripada orang yang saya tak ambil peduli. "Individu itu minta saya ubah penampilan rambut dan lakukan solekan berbeza untuk dapatkan populariti. Kita sudah masuk 2021 di mana orang dah mula terima dan bersikap terbuka berbeza dengan orang macam anda yang mempunyai fikiran cetek dan kata saya tidak sesuai berada dalam kalangan yang cantik sebab itu saya tidak dikenali. "Saya lebih rela jadi diri sendiri daripada berubah semata-mata nak orang suka. Kita tahu, tak semua orang suka kita tak kira macam mana penampilan. Akan ada orang tak suka dan benci," ujarnya. -CARI Sumber: mStar Online
|
Amandaminaj96 replied at 17-2-2021 09:23 AM
Suka tgk org yg rambut curl ni hehehe..rambut curly ni yg lagi kena extra jaga {:love
Buritan replied at 17-2-2021 10:15 AM
Dulu kosmate aku negro time hujan rsmbut dia tak telap ayo hujan.. siap ade manik manik mutiara at ...
eyansss replied at 17-2-2021 03:13 AM
definisi cantik sesetengah orang malaysia
- putih beku macam mayat
ADVERTISEMENT