CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"I'm Sorry Mommy," -Hanis Zalikha Cemas, Putik Bunga Termasuk Dalam Hidung Anak

17-2-2021 11:13 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8033| Komen: 38|Original author: Oleh: Saiful

Hanis Zalikha cemas apabila anaknya, Alisa Aisyah mengadu sakit hidung semasa dia sedang membuka bungkusan hadiah.

Kata Hanis, dia melihat lantai dipenuhi dengan putik bunga lalu memeriksa lubang hidung Alisa menggunakan skop kamera.


Seprti dijangka, putik bunga termasuk dan pelakon tersebut terus membawa anknya ke unit kecemasan untuk mengeluarkannya.


Foto: IG

"Cerita hari tu. Masa tengah buka bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung dan kata sakit... sakit! Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu.

"Menjerit mommy 'Alisa, awak letak benda ini dalam hidung?'. Dia pun menjerit juga 'saya minta maaf mommy'. Tiba-tiba cakap maaf ni, betul la tu. Periksa dengan mata kasar memang clear saja lubang hidung dia tu.


"Nasib baik daddy rajin beli gadget untuk periksa telinga la apa la. Berguna waktu cemas. Terus ke kecemasan dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor," tulisnya di Instagram.



Isteri kepda Hairul Azreen ini juga ada memuat naik video anaknya sedang diperiksa.

Di ruangan komen, ramai juga pengukut yang berkongsi pengalaman yang seakan sama.

"Adik saudara saya masuk bateri kecil dalam lubang hidung dia. Dua, tiga hari dia senyap macam ada tak kena. Sampai ada lendir berwarna keluar terus bawa ke kecemasan baru tahu ada bateri."



"Saya pernah masukkan kacang tanah dalam hidung ketika itu saya sebaya Alisa! Dan ya, kena pergi jumpa doktor untuk keluarkan. Kenangan sangat. Mesti sampai besar Alisa ingat.

"Eh sama perangai dengan anak kedua saya. Masuk plastik dalam hidung. Anak kedua ni memang adventure sikit." -CARI

Nasib baik tak ada perkara buruk berlaku. Lain kali awasi lebih ya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-2-2021 11:16 AM
Gumuknya yang baring tu..mesti kuat tido.
Quote meow_tompok 17-2-2021 11:25 AM
comelnyaaaaa
cutenyaaaaa
geram tengok.... yg kat lantai tu

Quote dedek12 17-2-2021 11:29 AM
Budak kecik memanh suka ngutip
Quote bakingsoda 17-2-2021 11:33 AM
jahat pulak kalau tuduh hidung budak tu kena tonyoh putik bunga dlm hidung demi content
Quote hanahani 17-2-2021 11:35 AM
OT. Sungguh la hairul hanis ada cawangan bubbletea yg baru under suuibbb
Quote hatikudus 17-2-2021 11:42 AM
Geram betul tgk yg terbaring tu....bujibu
Quote mamajawie 17-2-2021 11:45 AM
bakingsoda replied at 17-2-2021 11:33 AM
jahat pulak kalau tuduh hidung budak tu kena tonyoh putik bunga dlm hidung demi content

aku pun terpkir benda yg sama..sbab manusia yg gila socmed ni jnis gila lain maciam demi content ig

Quote irvene 17-2-2021 11:46 AM
comey alisa. knp keknis ko beli rumah berjuta tapi berhimpit kiri kanan? sayang nau nau. beli la umh sebijik2 atau semi D. baru puas. tapi hak ko kan
Quote wallflower 17-2-2021 11:47 AM
Sekarang mmg trend kan pakai sweater walaupun cuaca malaysia panas.
Quote bakingsoda 17-2-2021 11:57 AM
hanahani replied at 17-2-2021 11:35 AM
OT. Sungguh la hairul hanis ada cawangan bubbletea yg baru under suuibbb

menambah keraguan hasil kekayaan dorang selama ni, imagine sendu laki bini, nak kata berjaya hasil business pon idokk tapi rumah lagi mahal dari artis yg semedang muka muncul di tv dan jd duta pelbagai brand? artis muda yg betul2 nampak ada hasil kerja janna nick je, yg lain2 produk apo pon takde tiber rumah berjuta beli ket mahal kat parents
Quote fly_in_d_sky 17-2-2021 12:11 PM
tengok Bujibu jer lain takde


Quote Boomibulat 17-2-2021 12:23 PM
Knp muka kucing sedih..?
Quote hanahani 17-2-2021 12:24 PM
bakingsoda replied at 17-2-2021 11:57 AM
menambah keraguan hasil kekayaan dorang selama ni, imagine sendu laki bini, nak kata berjaya hasil ...

Tak silapplaaa, penah ada baca yg hairul ni join forex. Tak silaplaaaa
Quote teen_angelJB 17-2-2021 12:40 PM
Kata best mom in the earth...
Xkan bnda cmni pun terlepas pandang..adoiiiii....
Maknanye level kek nis lagi rendah la Dari aku..anak 3 x pernah g emergency

#doneriaksebbdiariakjugak
Quote bluecrystal 17-2-2021 12:44 PM
Tapi kan cepat la anak dia ni bercakap...sama macam anak betty...anak betty lagi advanced
Quote toxicated 17-2-2021 12:49 PM
Aku x gemar couple ni tp tool herol beli tu bagus utk kes mcm ni..kali pertama herol nampak bijak di mata aku. Pasni tak tau bila lg laa.
Quote rayna_raynes 17-2-2021 01:06 PM
teen_angelJB replied at 17-2-2021 12:40 PM
Kata best mom in the earth...
Xkan bnda cmni pun terlepas pandang..adoiiiii....
Maknanye level kek ...

awal sgt riak tu sis. esok lusa tak tau lg

Quote slyfynx 17-2-2021 07:01 PM
Ke ko sendiri letak supaya ko leh bg tau ko cakap bahasa inggeris ngn anak2 kan.
Shut up Rebecca
Quote teen_angelJB 17-2-2021 07:31 PM
rayna_raynes replied at 17-2-2021 01:06 PM
awal sgt riak tu sis. esok lusa tak tau lg

Ala..kan # tu nak ngnjing kek nis je..not personal attack pun..dia kan selalu in perfect condition...
Anak me siap lesung batu hempap kaki masa dia 2y..buas x buas..
Me cuma x suka 'riak' keknis je...  

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061490 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top