Tiga lelaki termasuk seorang bekas imam merupakan antara yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan dalam Ops Tapis di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, bekas imam yang berusia 36 tahun itu yang kini bekerja sebagai jurubekam ditahan di sebuah hotel di Jalan Pantai Chenang di sini pada 12.30 tengah malam, semalam.
“Pemeriksaan dalam bilik hotel yang dihuni lelaki itu menemui satu peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu dengan berat anggaran 1.1 gram (g) dan satu peket lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan berat 3.5g. “Selain itu, polis juga menemui satu botol kaca berisi dadah jenis syabu seberat 10.2g,” kata Shariman dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Langkawi di sini, petang ini. Shariman berkata, bekas imam yang berasal dari Pulau Pinang itu juga didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan satu rekod di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Lelaki itu direman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya. Tambah beliau, dua lagi tangkapan melibatkan seorang nelayan berusia 45 tahun dan mekanik berusia 37 tahun di Kampung Baru Felcra Kok serta di Kampung Belibis, Teluk Ewa di sini. Katanya, mereka ditahan dalam operasi itu pada pukul 4 petang dan 5.30 petang semalam. “Polis merampas dadah jenis heroin dengan berat anggaran 41g dan satu paket plastik lutsinar berisi syabu dengan berat anggaran 4.7g daripada nelayan terlibat. “Manakala mekanik itu pula didapati memiliki 13 paket plastik lutsinar yang berisi heroin dengan berat anggaran 117.5g dan tiga peket plastik lutsinar berisi syabu dengan berat 3.4g,” katanya. Beliau memberitahu, kedua-dua lelaki itu direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
bluebutter: Amboi.Handsomenya yg ditengah tu. Orang utara selalu ramai yg handsome. Makan beras siam. Good quality.
bluebutter: Amboi.Handsomenya yg ditengah tu. Orang utara selalu ramai yg handsome. Makan beras siam. Good quality.
bluebutter replied at 17-2-2021 11:57 PM
Amboi.
Handsomenya yg ditengah tu.
pyropura replied at 18-2-2021 02:47 AM
Takkan lah lobai gini. Wuduk 5kali sahari. DAPig lar ni nak burukkan ummah
mamajawie replied at 18-2-2021 11:31 AM
benang ni kena rogol ngan ASP bermuka kendu lak..hehehhe..Tuan Nik Ezanee ada pesaing da skang..so s ...
ADVERTISEMENT