Bersyukurlah bro... Bersyukurlah jika isteri yang dapat sebulan RM50 tu masih ada disisi kita.Bersyukurlah jika isteri yang selalu menanggung perbelanjaan keluarga itu masih bersama kita. Bersyukurlah jika isteri yang selalu kita marah dan maki itu masih ada didepan kita.Bersyukurlah jika isteri yang selalu kita curangi dan khianati tu masih bersabar dengan perangai kita. Kenapa kita perlu bersyukur? Sebab dia masih mampu untuk meneruskan kehidupan berumahtangganya dengan kita.Sebab dia masih mampu untuk bertahan dalam hubungan yang penuh dengan tekanan. Kalau perempuan lain yang jadi isteri kita, mungkin dah lama dah dia pergi meninggalkan kita.
Perempuan mana yang boleh cukup dengan 50 ringgit sebulan? Perempuan mana yang sanggup menanggung kewajipan orang lain setiap bulan? Perempuan mana yang boleh hadap kena marah, maki hamun setiap hari? Perempuan mana yg boleh bertahan kalau suami dia asyik curang dan khianati dia. Tapi kita masih ada PEREMPUAN itu disisi... Dan sebab itu jugaklah kita masih menjadi seorang suami pada hari ini. Ada saja pilihan yang lebih baik untuk dirinya tapi dia masih meletakkan harapan dalam hubungannya dengan kita. Maka, bersyukurlah jika anda mempunyai seorang isteri yang masih boleh bertahan dengan orang seperti anda. Tak ramai lelaki yang BERTUAH seperti anda kerana mungkin bagi lelaki lain, mereka dah pun menduda disebabkan tingkah laku dan perangai mereka terhadap isteri mereka. Bila mereka menyesal, tak ada apa-apa yang mampu mereka ubah kecuali diri mereka sendiri. Sumber : Firdaus Shakirin |
Diamje: Rasa nk angkat kaki bawak anak2. Tak daya dh nk hadap perangai laki culas bg nafkah ni...
ADVERTISEMENT