SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 40-an dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memiliki enam unit kotak media berjenama iBoite-X. Dia didakwa atas kesalahan memperoleh secara haram perkhidmatan aplikasi kandungan yang dibekalkan Measat Broadcast Network System Sdn Bhd. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM300,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan. Tertuduh sebelum ini ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia (JSJK) Bukit Aman di Taman Putra Prima, Puchong pada 12 Disember 2019.
Serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu turut disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Bahgiaan Penguatkuasaan KPDNHEP, serta pegawai Measat Broadcast Network System Sdn Bhd. Pemeriksaan di lokasi serbuan membawa kepada penemuan enam kotak media berjenama iBoite dan iBoiteX. Hasil laporan forensik terhadap enam kotak media itu, terdapat perisian MyTV.apk iaitu satu sistem yang direka bentuk untuk memperoleh secara haram perkhidmatan siaran Astro. Sumber : Astro Awani |
rastaf replied at 18-2-2021 01:27 AM
maksudnya dia pakai android box ke?? haram ke android box??
ADVERTISEMENT