CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Aneh Nampak Adik Masuk Bilik Air, Turun Bawah Dia Memasak”- Tahan 3 Bulan Je, Terus Pindah!

18-2-2021 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4480| Komen: 11

Hampir seminggu Azlan mencari rumah sewa yang sesuai selepas tuan rumahnya memberi tempoh sebulan untuk dia dan keluarganya berpindah.

Tak mudah bagi Azlan untuk mendapatkan tempat tinggal bersesuaian memandangkan dia perlu memikirkan keperluan enam ahli keluarga yang lain.


Namun selepas puas mencari, dia akhirnya bertemu sebuah rumah banglo yang cantik dan selesa untuk didiami semua ahli keluarganya. Paling penting sewanya juga berpatutan!

Bagaimanapun rumah itu sudah lama tidak berpenghuni kerana pemiliknya berasa sayang untuk menyewakan kepada orang lain.


Foto: via mStar

Disebabkan situasi kewangannya yang tidak mengizinkan, ditambah dengan pandemik yang sedang berlaku, tuan rumah itu mengambil keputusan mencari penyewa.


"Jika dilihat, memang tiada siapa sangka rumah itu tidak pernah ada siapa yang duduk... Ia dijaga dengan baik malah pemiliknya memberitahu akan datang sebulan sekali bagi membersihkan rumah," katanya.

Barang beralih tempat!

Pada awalnya kata Azlan, tiada sebarang perkara pelik berlaku di rumah tersebut namun selepas sebulan mereka menghuni kediaman itu, dia sekeluarga mula mengalami kejadian pelik dan misteri.

Paling biasa katanya, barang yang diletakkan di sesuatu tempat kerap beralih ke tempat lain dan ia merungsingkan semua ahli keluarga.

"Sebagai contoh, saya cermin mata di atas meja sebelum tidur. Tapi bila bangun, saya jumpa cermin mata di tingkat bawah rumah.

"Pada awalnya saya ingat adik-beradik yang usik cermin mata tetapi apabila saya tanya mereka juga mengalami perkara sama iaitu barang beralih tempat," katanya.

Tidak mahu berfikir bukan-bukan, mereka sekeluarga tidak mengambil serius perkara yang berlaku dan menganggap ia kebetulan.

Namun kata Azlan, keadaan semakin pelik apabila pada suatu hari mereka sekeluarga makan malam di luar dan apabila pulang, masing-masing terkejut melihat keadaan rumah yang berselerak.


Gambar Hiasan


"Bayangkan, perabot dalam rumah sudah beralih! Sofa senget... kabinet TV jadi melintang malah kerusi meja makan terbalik dan macam-macam lagi.

"Bila tengok pintu dan tingkap, tiada pula tanda-tanda orang pecah masuk... ketika itulah kami sekeluarga mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan rumah itu," katanya.

Munculkan diri menyerupai ahli keluarga!

Bagaikan satu amaran kata Azlan, sejak itu, 'benda' yang menggangu mereka sekeluarga mula mengganas dengan melakukan pelbagai gangguan membuatkan mereka sekeluarga berasa takut.

Paling menyeramkan katanya, ia mula memunculkan diri tetapi tidak dalam rupa sebenar sebaliknya menyerupai ahli keluarganya.

"Saya pernah nampak adik saya masuk bilik air di tingkat atas, tapi bila saya turun ke bawah, saya nampak dia sedang masak di dapur. Adik saya juga pernah nampak saya duduk di dalam bilik tapi sebenarnya saya tiada di rumah ketika itu," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu kata Azlan, ketika semua masuk tidur, maka akan ada 'pesta' mengalih perabot di tingkat bawah dan ia bukan sekadar bunyi.

"Apabila kami bangun pagi, perabot memang betul-betul beralih," katanya.

Gambar Hiasan

Selepas berbincang dengan semua ahli keluarga, Azlan memberitahu mereka mengambil keputusan berpindah hanya selepas tiga bulan menyewa di rumah itu.

Meskipun tuan rumah berasa pelik tetapi dia tidak tergamak untuk menceritakan hal sebenar di alami mereka sejak tinggal di rumah tersebut.


"Entah apa misteri rumah itu pun kami tidak tahu. Biarlah ia menjadi memori seram dalam ingatan kami sekeluarga," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amandaminaj96 18-2-2021 11:44 AM
Rumah sewa mana ni..
Quote Tinot7 18-2-2021 11:57 AM
Apa citer tergantung ni?
Habaq la katne
Quote Artemesiaa 18-2-2021 12:25 PM
Sebelum sewa elok cari tahu dulu pasal rumah yang nak disewa dengan jiran sebelah menyebelah.  Rumah besar macam tu dengan harga sewa yang tak munasabah eloklah dielakan.
Quote bakingsoda 18-2-2021 12:45 PM
ntah2 tuan rumah tu pon bukan orang. kalau bukan hasanah bg la lokasi rumah kat mana
Quote immaryjane 18-2-2021 02:57 PM
Mustahil tak ada sekeping gambar jaman laniiii
Quote Adrif 18-2-2021 04:33 PM
salah booooodddd
Quote supernaturalee 21-2-2021 12:30 AM
immaryjane replied at 18-2-2021 02:57 PM
Mustahil tak ada sekeping gambar jaman laniiii

Kn ada letak kt ats tu
Gambar hiasan lg


Quote FanTasyCreaTioN 21-2-2021 05:12 AM
kalau cerita betul... best masuk Board MPS ni




Quote star_karat 22-2-2021 11:02 PM
Ni nak markah tak?
Quote freakazoid 26-2-2021 09:28 AM
sebelah rumah aku lagi best, homestay orang masuk pukul 7 petang, pukul 11 malam dah lari keluar
Quote shernazz 26-2-2021 09:43 AM
Iols masa dok apartment tahun 2004 dolu
Ada satu rumah ni mmg murah satu blok dgn iols..
Sewa rm400 je...
Pastu ada.orang pindah...
Iols kebetulan.beli nasik.lemak.kat bawah tu..sembang2 dgn ahso
Rupanya ahso tu.jiran.rumah murah tu
Dia kata "haiya..kenapa ada.orang sewa itu rumah..mesti sekejap.saja.tu..sebab rumah tu dulu.ada orang bunuh diri"
Huhuuuu.....iols pandang ahso..ah so pandang iols...hahahaha

Rupanya mmg btol..tak sampai sebulan.kuar gi sewa.tingkat 12 plak
Haha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.199645 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top