CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taasub Mesej Berantai, Satu Keluarga Minum Air Kencing Sendiri Nak Ubati Covid-19

18-2-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1275| Komen: 1

London: Gara-gara mempercayai mesej berantai kononnya air kencing mampu merawat Covid-19, satu keluarga tergamak minum air kencing mereka sendiri.

Portal Evening Standard melaporkan, seorang ibu dan anak-anaknya mengamalkan minum air kencing sendiri selama empat hari berturut-turut akibat taasub dengan berita palsu disebarkan menerusi WhatsApp.

Wanita itu mendakwa dia mempercayai mesej berantai yang disebarkan rakan dan ahli keluarga terdekat.

Dia juga percaya vaksin Covid-19 dimanipulasi jutawan, Bill dan Melinda Gates serta berbahaya buat keluarganya.


Foto: AFP

Wanita itu mendakwa ada video dihantar kepadanya oleh seorang rakan di WhatsApp dengan menyuruhnya minum air kencing sendiri setiap pagi.


Dia yang dirahsiakan identiti juga memberitahu pegawai penyiasat dari Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat beberapa rakaman video yang diterimanya menceritakan mengenai keberkesanan amalan minum air kencing setiap pagi sebagai ubat untuk menyembuhkan Covid-19.

Amalan itu dikuatkan lagi dengan mesej 'palsu' daripada rakan untuk merawat Covid-19.

"Saya percaya kepada kuasa penyembuhan rawatan tradisional dan enggan mengambil suntikan vaksin kerana lebih berbahaya kepada keluarga saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat, Olivia Clymer berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penyebaran mesej rawatan Covid-19 palsu yang tersebar melalui WhatsApp.

"Situasi ini, bertambah serius kerana orang ramai kurang percaya pada saluran maklumat rasmi kerajaan. Ini menimbulkan masalah," katanya.

Ketua Perubatan sebuah hospital di England, Simon Stevens pula berkata, negara itu masih dalam peperangan melawan maklumat palsu berhubung pandemik itu.

"Negara menghadapi wabak berganda iaitu harus melawan virus dan maklumat palsu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 18-2-2021 11:47 AM
bangsa chong cheng yg duk london ke?

sbb yg pandai2 bijak2 duduk kat london ni india ngn arab je

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055658 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top